EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ini Asid Yang Baik Untuk Rawat Masalah Kulit

0 month ago, 24-Jul-2020

Mungkin ada di antara kita yang takut meletakkan asid ke muka. Takut akan merosakkan lagi struktur kulit luar dan dalam.

Tapi tahukah ada beberapa jenis asid sebenarnya baik untuk kulit kita. Kumpulan asid dari AHA dan BHA boleh merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, tanda penuaan, parut jerawat dan tekstur serta tona kulit yang tidak sekata.

Ingat, tidak semua asid baik untuk kulit kawan baik untuk kamu. Jadi penting untuk mengetahui pilihan asid sebelum memutuskan mana yang terbaik untuk kulit kamu.

Dari kulit berminyak hingga kering, jerawat ke sensitif, dengan bantuan beberapa pakar kulit terkemuka, Wanista sedia membantu kamu mencari asid yang tepat untuk keperluan kecantikan.

Jika kamu miliki kulit jenis sensitif dan ke arah acne prone, this acid good for you!

Kenali Asid Yang Baik Untuk Rawat Kulit

Alpha-hydroxy Acid(AHA)

Bertindak hanya pada permukaan kulit yakni pengelupasan, ia bergabung dengan sel-sel kulit mati agar mudah untuk disingkirkan. Ia bahan yang mudah diserap air jadi ia tidak boleh menyerap jauh ke dalam kulit seperti minyak.

Namun cukup berkesan dalam mengurangkan kehadiran garis-garis halus, bekas jerawat dan bintik hitam. Asid yang terkenal dalam kumpulan AHA ini adalah seperti asid glikolik, asid mandelic, asid lactic.

Foto Arkib Wanista

Asid glikolikbagus untuk orang yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat tetapi manfaatnya dapat diperoleh juga oleh mana-mana pengguna.

Sifat pengelupasan glikolikmembantu meringankan bintik-bintik gelap, mengurangkan garis halus, dan melicinkan tekstur kulit. Ia berkesan dalam apa jua bentuk.

Beta Hydroxy Acid (BHA)

Lebih dikenali dengan asid salisilik. Ia berupaya menyerap jauh ke dalam kulit lantas menyingkirkan sebum berlebihan yang menjadi punca tumbuhnya jerawat dan kulit berminyak.

Jadi jika anda mempunyai masalah jerawat baik mulakan pengambilan BHA sekarang.Ia juga berupaya mengecilkan pori-pori agar kurang ketara pada kulit.

Dermatologist Dr. Julia Tzu memberitahu bahawa asid salisilik mempunyai banyak faedah termasukanti-bakteria, anti-radang, anti-jerawat, dan pengelupasan.

Foto Arkib Wanista

Ia bagus untuk melonggarkan sel-sel kulit mati untuk melegakan pori-pori dan bintik hitam yang tersumbat, mengurangkan pertumbuhan bakteria pada permukaan kulit dan kelenjar minyak.

BHA bagus untuk orang yang mempunyai kulit berminyak dan acne prone tetapi boleh juga menjadi pilihan untuk orang yang mempunyai kulit normal/kering yang kadang-kadang mengalami breakout.

Ingat, sebelum menggunakan sebarang produk, consult dengan pakar dermatologi supaya tak menyesal nanti.

Selamat beramal!

RUJUKAN :1,2


SUMBER : wanista.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...