EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

5 Tips Untuk Beli Jeans Supaya Kekal Lama

0 month ago, 14-Sep-2020

Mencari jeans supaya kekal lama sangat susah kerana ramai orang yang inginkan kepuasan segera.

Jadi macam mana nak beli sepasang jeans untuk kekal lama?

#1 FABRIK

Ketika membeli jeans, anda perlu merasai fabriknya. Jeans yang berkualiti diperbuat daripada denim yang lebih berat, berbeza dengan jeans yang murah.

Foto Etsy

Anda mungkin akan berasa kaku ketika pertama kali menggunakannya kerana berat. Tetapi ia akan lembut dan mengikut bentuk badan anda. Denim yang lebih berat bertahan lebih lama dengan penjagaan yang betul.

#2 JAHITAN

Jahitan di sekitar hems, poket dan jahitan sampingan perlu diperhatikan. Anda perlu mencari jeans yang mempunyai jahitan berganda iaitu dua baris jahitan yang berdekatan dan jahitan rantai iaitu jahitan gelung yang menyerupai pautan rantai.

Foto Arkib Wanista

Jika terdapat satu baris jahitan sahaja, anda perlu memastikan jahitan tersebut dilakukan dengan benang tebal.

(Tips: Regangkan jeans dengan lembut. Sekiranya melihat atau terdengar benang putus, itu adalah jeans berkualiti rendah.)

#3 REGANGAN

Lihat peratusan Lycra atau Spandex dalam label jeans. Jika terdapat maksimum 2% iaitu 1% memberikan sedikit regangan untuk keselesaan manakala 2% bermaksud fabrik lebih banyak digunakan.

Foto Arkib Wanista

Untuk membeli stretch jeans, anda perlu mengambil saiz yang lebih kecil berbanding saiz asal kerana ia akan menjadi longgar setelah dipakai beberapa kali.

#4 REKA BENTUK

Kadang-kadang perincian pada reka bentuk dapat membantu anda mengetahui sama ada jeans tersebut boleh tahan lama atau tidak. Ciri dan bahan reka bentuk seperti kancing tembaga dan rivet merupakan petanda yang baik.

Foto Today Show

Tapi jangan tertipu dengan perincian reka bentuk kerana beberapa jenama tiruan telah meniru gaya seluar jeans pereka. Jadi lebih baik anda memeriksa label sama ada di jeans atau laman web.

#5 HARGA

Untuk mendapatkan jeans yang berkualiti, harga akan menjadi salah satu faktor. Anda akan dapat menilai perbezaan antara jenama dan seluar jeans yang berkualiti.

Foto Pinterest

Sememangnya walaupun jeans yang berkualiti tinggi mahal, tetapi ia lebih tahan lama berbanding dengan jeans yang murah dan berkualiti rendah.

Sekarang anda sudah tahu kan macam mana nak beli jeans untuk kekal tahan lebih lama? Jangan salah membuat pilihan dan selamatkan duit anda.

RUJUKAN


SUMBER : wanista.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...