EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Man United akan julang EPL sebelum Liverpool Neville

0 month ago, 15-Aug-2019

LONDON 15 Ogos – Gary Neville percaya, Manchester united akan terlebih dahulu menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum musuh tradisi, Liverpool melakukannya.


Biarpun Red Devils menamatkan saingan di tempat keenam musim lalu manakala Liverpool sekadar ketinggalan satu mata di belakang juara, Manchester City, namun bekas jurulatih Valencia tersebut percaya bekas kelabnya itu akan memenanginya terlebih dahulu berbanding musuh trdisi mereka.

Mengakui United agak bergelut sejak beberapa tahun lalu, Neville bagaimanapun melihat skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer semakin serasi dan berupaya menumbangkan Liverpool untuk merebut trofi berprestij itu.





Saya tidak duduk di sini setiap hari sebagai penyokong United dan merasakan dunia saya akan tamat. Saya melihatnya sebagai kitaran.

Saya membesar di sana sejak berusia 18 tahun dan pada awalnya Manchester United tiada apa-apa tetapi pada ketika saya berusia 20 hingga 25 tahun mula menampilkan aksi menakjubkan, namun kini United sedang bergelut.

Saya boleh bagi jaminan agar anda jelas bahawa Manchester United akan menang sekali lagi. Pendapat saya, mereka sebenarnya akan menang terlebih dahulu sebelum Liverpool, katanya.

Liverpool tidak pernah menjuarai trofi EPL sejak kali terakhir menjulangnya pada musim 19891990. – AGENSI





SUMBER : bazookapenaka.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com