EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Uncle hidap kanser tebalkan muka kutip sisa tulang nak beri anjing jiran makan

0 month ago, 15-Aug-2019

Siapa yang tidak sebak melihat warga emas yang sudah uzur dan kurang tenaganya mengutip sisa makanan di kedai makanan dan jelas di hadapan mata kita.

Lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa warga emas tersebut mempunyai penyakit yang kronik dan masih bertarung nyawa melawan penyakit yang dihidapi.

Kisah seperti itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Erviana Elvy semalam. Dia telah menceritakan penemuannya dengan seorang warga emas yang merupakan pesakit kanser tahap empat di sebuah restoran makanan segera.

Simpati dengan gerak-geri lelaki tua itu, Erviana Elvy telah memesan satu set makanan dan mengajaknya makan bersama.

Menurutnya, tulang-tulang yang dikutip di meja makan restoran tersebut adalah untuk diberi kepada anjing-anjing peliharaan jirannya yang juga sudah berusia 75 tahun.

Dalam perkongsian Erviana juga dia memberitahu bahawa uncle tua itu telah mejalani 45 kali kemoterapi sejak disahkan menghidap kanser.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah berasa tersentuh melihat posting Erviana. Mereka telah menzahirkan rasa simpati terhadap warga emas itu kerana masih lagi gigih mencari makanan untuk anjing jirannya walaupun diri sendiri tidak sihat.

Mereka juga turut memuji sikap Erviana kerana menyantuni lelaki itu dan sama-sama menemaninya makan di restoran tersebut.

: Erviana Elvy

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com