EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

KOS UMRAH DIJANGKA MENINGKAT 20 HINGGA 25 PERATUS

0 month ago, 13-Oct-2021

Gambar : AFP

KUALA LUMPUR: Kos ibadah umrah dijangka meningkat 20 hingga 25 peratus berikutan pelaksanaan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan Arab Saudi akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, sebahagian besar peningkatan kos itu berkait dengan penjarakan fizikal seperti had muatan bilik hotel dan kenderaan.

SOP baharu antaranya menghadkan muatan bas kepada 50 peratus sahaja. Hotel pula selain jumlah jemaah dalam bilik penginapan yang dikurangkan, harga juga meningkat kerana pihak hotel tidak membenarkan katering dari luar dan perlu ambil makanan yang disediakan di hotel sahaja, katanya.

Dalam pada itu Ahmad Ruzman berkata Tabung Haji Travel & Services telah bersedia menerima jemaah umrah, susulan daripada pengumuman Perdana Menteri yang membenarkan aktiviti berkenaan dilaksanakan

Beliau dalam pada itu amat berharap semua pihak yang berhasrat menunaikan umrah dapat menerima perubahan harga tersebut dengan hati yang terbuka. AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...