EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Umpan PRU-15: Karikatur gaya chef Salt Bae tarik perhatian orang ramai

1 month ago, 07-Oct-2022

Pereka grafik Fahmi Reza tampil dengan karya terbaharu ‘Umpan PRU-15’ sejurus pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi.

Berbaju Melayu biru dengan lambang dacing, karikatur bersongkok dan bercermin hitam itu mirip gaya unik chef Turki yang yang digelar Salt Bae sedang melempar garam ke daging.

Imej individu mengepit beg dengan tangan kanan menabur helaian-helaian tertera “umpan PRU-15” itu dilihat menarik perhatian orang ramai.

“Dia bagi apa kita ambil. Memang hak rakyat Malaysia juga sebagai pembayar segala bapak cukai.

“Tapi dalam masa dia bagi, dia sakau berapa banyak pulak. Jadi, PRU akan datang wajib dihumban parti penyamun ni dan beri peluang kepada PH di bawah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pula sebagai PM,” tulis Ezra Azrin yang meraih banyak tanda ‘suka’ tanda setuju itu.

Sementara itu, Azrul Nawawi berpendapat ‘umpan’ PRU-15 itu juga sebenarnya adalah duit rakyat yang tidak salah pun diterima.

“Tapi masa mengundi nanti, jadilah seorang rakyat yang bijak. Yang dibentang dalam Bajet 2022 dulu pun banyak tak jalan dan tak jadi kenyataan lagi. Sembang,” selarnya.

Tidak kurang juga yang mengeluh bahawa tiada makna pembentangan belanjawan itu kerana harga barang bagi kategori tanpa kawalan semakin mahal.

“Resepi yang menarik hati rakyat! ak sikit gula dan perencah rahsia, kasi sedap kaw kaw!

“Habis umpan semua poket penyamun kembang.

“Dia ingat dia bajet best!” demikian deretan komentar warganet berhubung Bajet 2023 dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan terbesar dalam sejarah negara itu.

Bajet 2023 dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM372.3 bilion itu diumum ketika dunia dijangka berdepan kemelesetan ekonomi tahun depan.

Baca juga Bersedia dengan kesan air surut global Siapa dan sektor ekonomi mana akan terkesan?

Baca juga Doa di tanah kebun, akhlak adik istimewa ini dipuji netizen





Live Website Traffic


loading...