www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ummah ancam himpunan besar jika bantahan hukuman mati tak diendah

0 month ago, 14-Feb-2019




Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mengancam untuk menganjurkan satu perhimpunan yang lebih besar daripada Perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) sekiranya bantahan terhadap pemansuhan hukuman mati tidak diendahkan.

Jika tiada tindakan oleh pihak berkuasa, atau mereka mengabaikan tuntutan kami, kami mungkin menganjurkan perhimpunan, lebih besar daripada Himpunan Icerd.

Kerana ia melibatkan sebahagian besar rakyat, bukan hanya sebahagian masyarakat sahaja (seperti Himpunan Icerd), kata Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi meja bulat bagi membincangkan kesan pemansuhan hukuman mati yang akan dibincangkan di parlimen 11 Mac.

Malah kata Aminuddin, Ummah bercadang menyerahkan memorandum kepada semua perwakilan di parlimen serta Majlis Raja-raja berhubung bantahan tersebut.

(Ia) untuk menghentikan cadangan bodoh daripada menteri bodoh yang mahu mansuhkan hukuman mati.

Bukan hanya bodoh, mereka juga beri ancaman kepada anggota-anggota parlimen yang lain, katanya.

Sesi meja bulat tersebut membincangkan kesan buruk yang bakal timbul jika pemansuhan hukuman mati diteruskan.

Sesi yang berlansung selama dua jam setengah itu turut dihadiri pengamal perundangan, aktivis, ahli akademik serta wakil daripada 80 badan bukan kerajaan (NGO). 

Kata Aminuddin, kerajaan sepatutnya mengutamakan kepentingan 33 juta rakyat dan keluarga mangsa bunuh berbanding penjenayah. 

Kadar jenayah juga akan meningkat, sebagaimana beberapa negara (yang memansuhkan hukuman mati), ada yang meningkat sebanyak 125 peratus.

Sesetengah negeri di Amerika Syarikat yang telah memansuhkan hukuman mati itu melaksanakannya semula kerana peningkatan kadar jenayah, katanya.

Justeru, Aminuddin menuntut agar moratorium terhadap pelaksanaan hukuman itu dihentikan serta-merta, serta pembentangan rang undang-undang berkaitan penghapusannya itu juga ditangguhkan.

Selain pemansuhan mati, sesi meja bulat itu turut membincangkan inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban setelah tercedera dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman tahun lalu.

Akhir tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong mengumumkan Rang Undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dijangka dibentang pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Bukan lalu, Liew turut dilaporkan berkata kerajaan tidak akan mengadakan sebarang pungutan suara atau referendum dalam membuat keputusan untuk menghapuskan hukuman tersebut.

Sesi Dewan Rakyat dijadual bersidang bermula 11 Mac hingga 11 April 2019.

https://m.malaysiakini.com/news/463656



SUMBER : 1media.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts