EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Hari Ni Ulang Tahun Perkahwinan Kita, Sedih Tak Dapat Sambut Dengan Awak..

0 month ago, 11-Sep-2020

Masihkah anda ingat lagi dengan kisah seorang lelaki yang kehilangan isteri tercinta ketika masih berpantang pada awal tahun ini?

Arwah isterinya, Norehan Zainal meninggal dunia pada 14 Januari lalu kerana mengalami kompilasi darah beku di jantung ketika 40 hari dalam pantang melahirkan anak pertama mereka.

Isteri meninggal 40 hari lepas bersalin

Maka bermula detik itu, segala urusan menjaga, mengurus, membesarkan dan sebagainya terpikul di bahunya sebagai bapa tunggal hingga ke hari ini.

Dan baru-baru ini, selepas 8 bulan pemergian Norehan, Izrul telah membawa zuriat mereka ke pusara allahyarham bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kedua.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Izrul menceritakan bahawa isterinya mahu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini kerana sudah bertiga, namun hajat tersebut tidak kesampaian.

Hari ni ulang tahun perkahwinan kita syggg yg ke 2thun????????..sdih xdpt smbut ngan awk???? tahun lpas pon kita smbut biase2 je…

Posted by Izrul Mat Taib on Selasa, 8 September 2020

Izrul memaklumkan bahawa dia baru berkesempatan membawa Annur Ayesha ke pusara ibunya kerana baru mendapat cuti demi menyambut ulang tahun perkahwinannya.

“Hari Ni Ulang Tahun Perkahwinan Kita, Sedih Tak Dapat Sambut Dengan Awak..” Bawang Rangers.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...