EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ulama Kelantan, Tuan Guru Shamsuddin Dollah meninggal dunia akibat Covid-19

0 month ago, 21-Nov-2021

Ulama Kelantan, Tuan Guru Shamsuddin Dollah meninggal dunia akibat Covid-19, semalam.

Allahyarham yang juga mudir Madrasah Tarbiyah Al Aulad, di Dabong menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.40 petang.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada dunia dakwah, bukan saja buat negeri Kelantan tetapi seluruh rakyat di negara ini.

Dalam pada itu, badan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) yang memuat naik hantaran mengenai berita pemergian Allahyarham turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Pondok Kenerong menjadi buat mulut masyarakat setempat kerana terselamat dari banjir besar pada 2014 sedangkan kawasan di sekitarnya musnah dalam bencana tersebut.

Ulama Kelantan, Tuan Guru Shamsuddin Dollah meninggal dunia akibat Covid-19 first appeared on Wowberita.


SUMBER : wowberita.my



Live Website Traffic


loading...