www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ujian sebenar Harimau Malaya

0 month ago, 08-Nov-2018


HARIMAU Malaya sudah bersedia menjadikan Kemboja ‘mangsa pertama’ pada aksi pembukaan Kumpulan A Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Phnom Penh malam ini.

Kapten pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak berkata, kesemua pemain ketika ini berada pada tahap terbaik bagi menghadapi skuad bimbingan Felix Agustin Gonzalez Dalmas itu.

Saya percaya pemain tahu apa yang perlu mereka lakukan apatah lagi bermain dengan Kemboja yang bukan calang-calang pasukan.

Tidak banyak yang saya lakukan untuk beri semangat kepada pemain tapi saya yakin rakan sepasukan tahu tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, pemain sayap Kuala Lumpur itu mengakui perlawanan berkenaan bukan mudah percaya Kemboja pasti turun dengan misi membalas dendam susulan kekalahan mereka ketika pertemuan persahabatan tempoh hari.

Sebelum ini kita telah menentang Kemboja dan pengalaman itu penting buat pemain. Tetapi saya yakin perlawanan kali ini sama sekali berbeza kerana melibatkan mata untuk ke peringkat seterusnya

“Apa yang boleh saya katakan, kita perlu beri lebih daripada yang kita mampu untuk menang aksi penting ini, katanya.

Malaysia akan beraksi dengan misi memburu gelaran juara selepas kali terakhir memenanginya pada 2010, selepas itu layak ke final pada 2014 sebelum tumpas kepada Thailand menerusi agregat 4-3.

Selepas menentang Kemboja, Harimau Malaya akan membuat perhitungan dengan Laos (12 November), Vietnam (16 November) sebelum mengakhiri aksi Kumpulan A menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November.

Ujian sebenar Harimau Malaya Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts