EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Twitter AS Roma Troll Akaun Rebekah Kerana Kes Bersama Coleen

0 month ago, 12-Oct-2019

Pertengkaran dan drama tuduh menuduh diantara Coleen Rooney dan Rebekah Vardy mencuri tumpuan dunia internet sejak beberapa hari yang lalu.

Tidak ketinggalan ialah akaun twitter kelab Serie A Itali, AS Roma yang sempat melakukan troll terhadap Rebekah Vardy.

Sebelum ini isteri kepada bekas penyerang England, Coleen menuduh Rebekah isteri kepada penyerang Leicester City, Jamie Vardy sebagai individu yang tidak bertanggungjawab kerana menjual kisahnya kepada akhbar The Sun.

This has been a burden in my life for a few years now and finally I have got to the bottom of it pic.twitter.com/0YqJAoXuK1

Coleen Rooney (@ColeenRoo) October 9, 2019

Coleen mengetahui perbuatan Rebekah apabila mulai mengesyaki sesuatu, sebelum memasang perangkap dengan menyiarkan pelbagai berita palsu di laman Instagram peribadi beliau.

Coleen juga bertindak menyekat semua pengikut Instagram yang lain kecuali Rebekah. Anehnya, berita palsu itu masih sampai kepada tabloid The Sun dan disiarkan.

Akaun Twitter AS Roma sememangnya terkenal dengan ciapan-ciapan santai. Ada kalanya ciapan kelab bola sepak di Itali ini bernada troll penuh dengan sarkastik ringan untuk tujuan gurau senda.

Di dalam drama Coleen-Rebekah ini, akaun twitter kelab Itali ini tidak ketinggalan untuk campur tangan di dalam situasi ini.

Apa yang telah dilakukan oleh admin AS Roma?

https://t.co/7dn6iqFw1v pic.twitter.com/bEx9sT9Jem

AS Roma English (@ASRomaEN) October 9, 2019

Secara bersahaja memuatnaik tangkap layar bahawa mereka telah menyekat akaun Rebekah di Instagram.

Ia sebagai simbolik, AS Roma juga risau Rebekah menjaja cerita mereka kepada akhbar tabloid The Sun.

Adakah ini satu tuduhan berasas dari Coleen atau hanya salah faham diantara kedua-dua isteri bekas pemain England, ia adalah satu pekara lain.

Rebekah Vardy hiring forensic IT expert to prove innocence in Coleen Rooney war https://t.co/Epsn1am9yI #WagathaChristie pic.twitter.com/3PYuxxqj7S

Mirror Celeb (@MirrorCeleb) October 10, 2019

Rebekah sebelum ini menafikan beliau telah menjaja cerita kisah keluarga Rooney kepada The Sun, dan mendakwa akaun Instagram beliau telah digodam.

Malah Rebekah dilaporkan telah meminta bantuan pakar IT untuk membuktikan perkara tersebut.


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...