EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Twitter Perkenalkan Fleets Kepada Umum, Fungsi Sama Seperti Stories

0 month ago, 19-Nov-2020

Selepas hampir 8 bulan menguji, Twitter akhirnya secara rasmi memperkenalkan Fleets kepada penggunanya.

Fungsi Fleets juga adalah sama seperti Stories yang terdapat pada sosial media lainnya seperti di Instagram, Snapchat, Youtube serta Facebook.

Menerusi satu tweet di akaun rasmi mereka, Twitter menjelaskan Fleets akan membolehkan anda menghantar teks, berkongsi Tweet, gambar atau video ke laman Twitter.

Namun ianya sama seperti stories di laman media sosial lainnya iaitu kewujudannya hanya akan kekal dalam tempoh 24 jam sahaja.

That thing you didnt Tweet but wanted to but didnt but got so close but then were like nah.

We have a place for that nowFleets!

Rolling out to everyone starting today. pic.twitter.com/auQAHXZMfH

— Twitter (@Twitter) November 17, 2020

Menurut Direktor Reka Bentuk Twitter, Joshua Harris dan Pengurus Produk, Sam Havesonhasil ujian di beberapa negara mendapti penggunaan Fleet menimbulkan suasana yang selesa di kalangan penggunanya, ia boleh dilihat apabila mereka yang mempunyai Fleet lebih banyak berintreraksi di sana

“Hasil dari ujian kami di Brazil, Itali, India, dan Korea Selatan, kami dapati Fleets membantu orang ramai merasa lebih selesa untuk menyertai sesuatu perbualan. Kami lihat mereka yang menggunakan Fleets lebih banyak bercakap di Twitter” kata mereka dipetik dari blog tersebut

Setakat ini sejumlah pengguna sudahpun memiliki fungsi tersebut , buat mereka yang belum ada usah risau proses mengemaskini untuk kesemua pengguna pasti memakan sedikit masa bukan? Jadi bersedia ia akan tiba di Twitter anda pada bila bila masa.

Baca artikel berkaitan :



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...