EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Twitter Memperkenalkan Ciri Gambar Profil NFT

0 month ago, 13-Jan-2022


Twitter sedia mengintegrasikan ciri tip berasaskan kriptowang pada aplikasi mudah-alih mereka, dan kini telah mula memperluaskan lagi sokongan teknologi rantaian-blok melalui ciri gambar profil NFT.

Seperti ramai sedia maklum, NFT telah menjadi salah satu perbualan hangat pada 2021, daripada penawaran gambar profil, sehinggalah kepada tawaran koleksi dan sebagainya. NFT secara ringkas berfungsi sebagai geran kepada aset digital, yang disimpan pada rantaian-blok.

Twitter kini dilihat memperkenalkan ciri dinamakan NFT Profile Pictures, yang membolehkan seseorang pengguna memilih koleksi gambar NFT mereka, dan menggunakannya sebagai gambar profil di Twitter.

Gambar profil NFT juga akan dipaparkan dalam bentuk heksagon, memberikan kelainan berbanding gambar biasa yang dimuat-naik ke akaun pengguna.

Ciri ini masih pada peringkat ujian dan telah diperkenalkan kepada segelintir kecil pengguna. Kita mungkin akan dapat melihat ia diperkenalkan secara meluas tidak lama lagi.


AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...