EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sasa Tutup Semua Cawangan Di Singapura, Malaysia Pula Bagaimana?

0 month ago, 04-Dec-2019

Kedai kosmetik antarabangsa Sasa membuat keputusan menutup 22 cawangan kedai kosmetik di Singapura untuk memberi fokus cawangan Sasa di Malaysia kerana di lihat mampu mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Pengumuman yang mengejutkan ini telah dibuat pada 2 Disember 2019 baru-baru ini.

Strategi yang di ambil oleh Sasa ini di buat setelah melihat fokus pasaran induk di Hong Kong yang jatuh merundum secara dratik kerana kemerosotan kedatangan pelancong asing di China.

Foto insiderretail.hk

Melihat market induk yang terjejas teruk dan mengambil kira kerugian yang di rekodkan di Singapura selama enam tahun berturut-turut, menyebabkan Sasa membuat keputusan untuk menutup ke semua 22 cawangannya di Singapura.

Meski pelbagai cara dan kaedah telah di lakukan bagi meningkatkan hasil jualan dalam pasaran Singapura, ia tetap tidak mencapai sasaran yang di tetapkan.

Foto Wiki

Berikutan isu penutupan ke semua 22 cawangan kosmetik ini, ia memberi kesan terhadap 170 pekerja yang bekerja di bawah Sasa di Singapura. Ke semua pekerja telah di beri bayaran ganti rugi mengikut akta pekerjaan Singapura.

Bagi memulihkan kembali kerugian yang di alami dalam pasaran Singapura dan juga Hong Kong, Sasa akan terus mengembangkan perniagaan di China dan mengukuhkan perniagaan menerusi e-dagang.

Biarpun 22 cawangan kosmetik Sasa ditutup di Singapura, ia tidak menjejaskan 265 cawangan Sasa yang lain.

Rujukan: 1, 2


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...