EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tutup konsulat: China balas tindakan AS

0 month ago, 23-Jul-2020

Beijing: Beijing sedang mempertimbangkan untuk menutup konsulat Amerika Syarikat (AS) di barat daya bandar Chengdu.

Ia sebagai tindak balas penutupan misi China di Houston, lapor agensi berita Sputnik memetik akhbar South China Morning Post pada Khamis.

Rabu lalu, agensi berita Reuters melaporkan, Beijing juga sedang mempertimbangkan untuk menutup konsulat AS di Wuhan.

Bagaimanapun, ketua editor akhbar rasmi Times China, Hu Xijin, mengatakan menutup konsulat Wuhan bukanlah satu langkah yang tegas memandangkan AS sudah membawa pulang staf misi itu selepas Covid-19 menular di China.

Selain misi di Wuhan dan Chengdu, AS mempunyai konsulat di Guangzhou, Shanghai dan Shenyang, serta konsulat untuk Hong Kong dan Macau.

Menurut South China Morning Post, misi di Chengdu, mempunyai kepentingan strategik dan penutupannya akan meruncingkan lagi hubungan yang sudah tegang antara Washington dan Beijing.

Misi itu meliputi wilayah barat daya negara berkenaan, termasuk Sichuan, Yunnan, Guizhou, wilayah autonomi Tibet dan Chongqing.

Kerajaan AS mengarahkan China meninggalkan premis diplomatik di Houston pada akhir minggu ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin kemudian meminta Washington membatalkan keputusan itu, sambil menambah andai diteruskan Beijing akan bertindak balas.

Sementara itu, Presiden Donald Trump pada sidang media di Rumah Putih berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan menutup beberapa lagi misi diplomatik China di AS.

Berita berkaitan

Ada lagi kedutaan, konsulat China ditutup?

Tutup konsulat: China anggap 'provokasi politik'


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...