EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tutup Kedai Makan Buat Sementara, Aiman Tino Paranoid Ahli Keluarga Dijangkiti COVID-19

1 month ago, 27-Aug-2021

Gara-gara paranoid dengan tragedi yang menimpa ahli keluarganya yang dijangkiti COVID-19 baru-baru ini, penyanyi Aiman Tino membuat keputusan untuk menutup kedai makannya buat sementara waktu.

Advertisement

Jelas Aiman, dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri dan para pekerjanya daripada dijangkiti virus membunuh itu.

Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini ketika dia dihubungi sebuah media beberapa hari yang lalu.

Saya tutup kedai masa ahli keluarga kena COVID-19, saya ambil langkah berjaga-jaga sebab saya paranoid masa tu. Saya fikir balik daripada saya kena benda tu, takut staff saya pun kena lebih baik tutup dulu kedai.

Advertisement

Dalam pada itu, Aiman yang kini menetap di Kuala Lumpur dan berjauhan daripada keluarganya kini bersyukur kerana mereka semua yang dijangkiti telah pulih daripada wabak COVID-19.

Terdahulu, ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil memaklumkan bahawa dia dan 9 ahli keluarganya yang lain telah dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Tutup Kedai Makan Buat Sementara, Aiman Tino Paranoid Ahli Keluarga Dijangkiti COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...