EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tutup aurat sebelum tiba kematian yang hanya nampak muka saja..

6 month ago, 12-Jan-2020

Pada masa kini, segelintir wanita berlumba-lumba mahu menunjukkan kecantikan yang dimiliki sehingga terdedah auratnya. Belum lagi masuk bab-bab solekan tebal dan tingkah laku terhadap berlainan jantina.

Mungkin bertujuan untuk meraih populariti, melariskan perniagaan atau sememangnya sengaja mengundang perhatian si lelaki, maka garis panduan Islam diabaikan begitu sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi lima pesanan penceramah bebas, ustazah Asma Harun kepada para srikandi ummah tercinta agar terpelihara kehormatan mereka.

1. Wanita sebelum berwudhu kena bersuci dulu sebab wanita ni ada 3 air iaitu air mani, air mazi berlaku ketika teransang dan air wadi/keputihan berlaku ketika kepenatan atau mengangkat objek berat.

Ramai wanita yang tak sah solat sebab tak membersihkannya terlebih dahulu sebelum Solat. Takut di akhirat nanti solat kita 0 disisi Allah.

2. Wanita apabila diuji dengan ujian suami, anak, adik beradik dan lain-lain dan dia bersabar malaikat akan mencatat pahala sabar baginya. {Salamun alaikum bima sobartum}.

3. Wanita bersihkan mekap bersih-bersih sebelum berwudhu pastikan bedak @ foundation betul-betul hilang dari kulit muka. Lepas wudhu ambil tisu kesat di muka nak pastikan tiada kesan yang tinggal.

Gambar sekadar hiasan

4. Baca doa selepas berwudhu akan dibuka 8 pintu syurga dan kita diberi peluang untuk masuk dari mana-mana 8 pintu syurga.

5. Cuba jaga aurat betul-betul dengan sempurna ketika hendak keluar rumah. 8 jam dicatat pahala atau 8 jam dicatat dosa.? Kita pilih yang mana. Tutup aurat sebelum tibanya kematian yang hanya nampak muka sahaja.

Gambar sekadar hiasan

?JAGA AURAT
?JAGA SOLAT
?JAGA PERGAULAN
?JAGA WUDHU

: Facebook


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...