EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kes Turun & Kadar V4ksin Lebih 80 Peratus, Adakah Lembah Klang Bakal Beralih Ke Fasa 2?

0 month ago, 30-Aug-2021

Wah, ini mungkin satu berita menggembirakan buat warga kota terutama yang berada di Kuala Lumpur dan Putrajaya!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi gambaran awal bahawa kemungkinan Lembah Klang boleh beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80 peratus.

Namun, keputusan rasmi mengenainya hanya akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikannya nanti.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi catatan di laman Facebook rasminya hari ini (30 Ogos).

Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri berkata kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang telah mencecah 89.5 peratus.

Manakala untuk rekod 30 Ogos Kuala Lumpur hanya mencatatkan kes baharu sebanyak 672 manakala Putrajaya yang turut digabungkan dengan kawasan Lembah Klang dalam kategori kes Covid-19 juga cuma merekodkan 41 kes sahaja.

P/S: Semoga kes Covid-19 di ibu negara dan pusat pentadbiran Malaysia kita akan terus menunjukkan trend penurunan kes dan berjaya memasuki Fasa 2! 

: Facebook Ismail Sabri Yaakob



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...