www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Mat Yo tuntut rakan sepasukan beri lebih lagi

0 month ago, 09-Nov-2018


PENJARING gol tunggal negara dalam aksi bertemu Kemboja, Norshahrul Idlan Talaha berharap rakan sepasukannya tidak terlalu cepat berpuas hati dengan kemenangan sulung dalam aksi Piala AFF Suzuki 2018.
Norshahrul yang turut mesra digelar Mat Yo berkata, beliau dan rakan-rakan masih perlu memberikan persembahan lebih baik pada aksi seterusnya memandangkan masih banyak kesilapan dilakukan dalam aksi pembukaan bertemu Kemboja malam tadi.
“Untuk perlawanan pertama memang agak kelam-kabut, jadi diharap pada perlawanan seterusnya kami dapat beri lebih lagi kerana kami mahukan tiga mata yang berikutnya.
“Walau apa pun saya bersyukur dengan kemenangan pertama ini dan membantu pasukan mendapatkan tiga mata yang berharga,” katanya.
Mengulas aksi kelimanya pada pentas Piala AFF Suzuki, Mat Yo mengakui cukup berbangga masih mendapat kepercayaan ketua jurulatih dan semua pihak terlibat walaupun sudah melangkaui usia 32 tahun.
“Syukur Alhamdulillah, tiada apa boleh saya katakan melainkan ucapan terima kasih kepada isteri, anak-anak dan keluarga selain coach Tan Cheng Hoe dan rakan-rakan yang masih mempercayai bakat saya dan terus memberikan sokongan,” katanya lagi.

Mat Yo tuntut rakan sepasukan beri lebih lagi Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts