EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tunku Azizah kirim salam semua, tak kisah kawan atau law4n.. Pelukis

0 month ago, 12-Sep-2019

Laman media sosial hari ini menjadi kecoh apabila Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Twitter rasmi miliknya.

Tindakan itu dilakukan setelah terdapat daripada segelintir individu yang memberikan reaksi negatif terhadap pelbagai perkongsian baginda.

Terbaru, seorang pengguna Twitter bernama Teme Abdullah berkongsi gambar terbaru Tunku Azizah bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut lelaki itu, walaupun kecewa tetapi Tunku Azizah tidak lupa mengirimkan salam kepada semua rakyat jelata termasuk golongan yang mempunyai perasaan benci terhadap baginda.

Kita beruntung.
Tatkala manusia berebut-rebut memperaga kuasa, kita punyai penaung negara yang turun bergaul dengan rakyat jelata, berusaha bersungguh-sungguh untuk berdamping di medan bersama rakyatnya.

teme Abdullah (@itsteme) September 12, 2019

Publisiti tidak langsung menjadi agenda. Kehadiran Duli Tuanku di social media hanyalah gerakan ihsan untuk rapat dengan rakyat.

Tetapi rakyat belum matang untuk menghargai. Belum reti menyambut ihsan dengan budi.

teme Abdullah (@itsteme) September 12, 2019

Adab menjadi sesuatu yang mahal pada zaman ini, walhal ia percuma.

Maka jadikanlah diri kita dalam kalangan mereka-mereka yang beruntung masih punyai kemewahan adab dan budi dalam jiwa.

teme Abdullah (@itsteme) September 12, 2019

And about the pictures, aku dah dapatkan perkenan keizinan Kebawah Duli Tuanku untuk berkongsi di social media aku. No worries ????????

Nah Buat yang rindu pada tuanku ???? pic.twitter.com/ds8x85f6n8

teme Abdullah (@itsteme) September 12, 2019

Aku dah dapatkan perkenan keizinan Kebawah Duli Tuanku untuk berkongsi di media sosial aku. Jangan risau,tulis pelukis berbakat itu.

Difahamkan gambar tersebut baru dirakam sempena istiadat mengarak Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1 pada pagi tadi.

Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih atas perkongsian foto tersebut dan mula merindui kehadiran Tunku Azizah di laman media sosial.

:Teme Abdullah




Live Website Traffic





www.edisiviral.com