www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tunjukkan Solidariti Kita, Jom Turun Himpunan Daulat 812 Esok Tok Mat Hasan

0 month ago, 07-Dec-2018


KUALA LUMPUR, 7 Dis Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru rakyat bersama-sama turun ke perhimpunan aman esok, Sabtu di Dataran Merdeka bagi menyatakan solidariti kepada agama, bangsa dan tanah air.

Dalam hantaran di media sosialnya, Mohamad berharap agar semua peserta mematuhi undang-undang dan peraturan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Marilah kita semua hadir bersolidariti bersama demi agama, bangsa dan tanah air… Insya-Allah saya akan hadir sama….

Pastikan juga kita menjaga tertib dan patuh pada peraturan dan undang-undang… Semoga berjalan lancar himpunan esok, katanya dengan diakhiri hashtag (tanda pagar) #KL812.

Himpunan Daulat 812 esok bukan sahaja menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tetapi membantah apa jua bentuk usaha untuk meruntuhkan keharmonian pelbagai agama dan kaum kerana majoriti rakyat Malaysia cintakan keamanan yang telah dibina berpaksikan Perlembagaan Persekutuan. MediaUMNO

#Daulat812

#Himpunan812

#HimpunanDaulat812


SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts