EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

2 kali tunggu di stesen bas, pakcik gelandangan hiba tak dijemput keluarga

0 month ago, 26-Jun-2020

Hasrat seorang gelandangan untuk bertemu dengan keluarga selepas berpisah selama 24 tahun tidak kesampaian apabila tiada individu yang datang menjemputnya pulang.

Menerusi perkongsian laporan di Facebook Buletin Utama TV3, gelandangan yang dikenali sebagai Amran Tamby itu sebak selepas ditanya wartawan Juliana Sharin mengenai perkara tersebut.

Tunggu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) tapi tak sampai-sampai. Mana janji dengan saya? Saya pun kecewa dah tunggu dua kali. Cakap hari ni nak balik, tiba-tiba tak balik,katanya.

Bekas anggota polis itu turut menyifatkan mungkin keluarganya di yang tinggal di Johor Bahru itu telah membuang beliau selain memberikan kata-kata terakhir buat mereka, anggap sahaja saya sudah mati.

GELANDANGAN | Bina Jati Diri Sebelum Bebas Hidup Berdikari

GELANDANGAN | Bina Jati Diri Sebelum Bebas Hidup BerdikariKesungguhan kerajaan dalam menyantuni golongan Gelandangan tidak terhenti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sahaja. Mereka yang diselamatkan dan ditempatkan di pusat sementara, kini diberi latihan di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang.

Posted by Buletin TV3 on Thursday, June 25, 2020

Terdahulu, laporan mengenai nasib gelandangan yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 11 April lalu berjaya menemukan keluarga berkenaan yang terpisah sejak tahun 1996.

Siapa sangka, dari cerita gelandangan ke Jejak Kasih.

Kisah benar menyatukan semula adik-beradik yang terpisah sejak 1996.

(Kredit rakan wartawan di TV3 Juliana Sharin)

*mata masuk habuk pic.twitter.com/uCX8y0kYX4

MohdFaizalHassan (@f4izalhassan) April 13, 2020

: Buletin Utama TV3 , Twitter


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...