EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Siap Ada Yang Tunggang Singa? 5 Foto Rare Ini Bakal Ubah Persepsi Anda Mengenai Dubai

0 month ago, 11-Jun-2021

Dubai negara sebuah negara yang kaya-raya dan ianya satu fakta yang tidak boleh di sangkalkan lagi, tambah pula dengan rakyatnya yang mengenakan pakaian yang serba menutup aurat pasti tidak akan menyangka terdapat suasana luar biasa ini di Dubai.

Apabila melihat gambaran yang dinyatakan dalam Illumeably ini, membuatkan sebarang stereotaip mengenai masyarakat di Dubai jauh dari realiti sebenar. Berikut antara suasana atau aksi di sebalik kemewahan warga Dubai.

IKLAN

Singa Haiwan Tunggangan Orang Kaya Dubai

Masyarakat di Dubai tidak gentar dengan singa, malah menjadikan haiwan karnivor itu sebagai haiwan peliharaan dan menunggangnya seperti menunggang kuda.

Foto Imgur Illumeably/Pinterest

Carpool Bersama Harimau

Biasanya kalau carpool pastinya kita akan mengajak rakan baik tetapi tidak di Dubai, mereka lebih senang carpool bersama haiwan peliharaan mereka sendiri iaitu harimau atau harimau bintang!

Foto Asia News/ Blaze Press

Miliki Kereta Mercedes Benz Batu Berlian

Difahamkan putera Dubai, Amir al-Waleed bin Tahal bin Abdul Aziz memiliki kereta mewah Mercedes Benz yang bertatahkan batu berlian. Kereta tersebut disaluti dengan lebih kurang 300,000 berlian, dan difahamkan kereta ini dibeli pada harga $4.8 juta USD atau RM19.7 juta.

Foto Imgur Illumeably

Telefon Nokia Termahal Dunia

Walaupun telefon Nokia sudah kurang peminatnya, tetapi di Dubai telefon Nokia menjadi antara telefon termahal dunia lihat saja angka di bawah telefon tersebut memang mahal betul!

Foto Imgur via Illumeably

Kandang Kuda Paling Mewah

Jika kita bandingkan kandang haiwan di Dubai dengan negara Asia di sekelilingnya, memang tak boleh lawan dengan kandang kuda di Dubai! Sungguh mewah, siap berlantaikan jubin dan setiap kuda mempunyai kandang sendiri dan bersih.

Foto Imgur via Illumeably

Semua ini ada di Dubai, hebat betulkan!

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...