EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ibu Tunggal Mesti Tabah

0 month ago, 27-Nov-2019

Oleh: Pyang Mamat

KEMAMAN Seseorang ibu tunggal mesti tabah dan kental jiwanya dalam mengharungi kehidupan dengan mengambil contoh isteri-isteri baginda Rasulullah SAW.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, Siti Khadijah RA yang juga seorang ibu tunggal menjadi seorang jutawan dengan berkat tabah disegani dan dihormati di Kota Mekah.

Begitu juga dengan Siti Aishah r.a yang menjadi ikon kepada kita dan menjadi tempat rujukan kepada sahabat sahabat Nabi,

Dan Saidatina Habshah r.a yang menjadi tokoh ilmuan diamanahkan menyimpan khaligrafi Al Quran yang dikumpul oleh Saidina Abu Bakar dan dicetak oleh Saidina Hamzah, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan perasmian Program Jalinan Kasih di Dewan Serikandi, Kampung Darat Kijal semalam.

Melalui program tersebut Kelab Ibu Tunggal N30 (KIT) menyantuni rakan-rakan mereka disekitar Dewan Undangan Neneri (DUN) Kijal.

Oleh itu, beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN tersebut menyeru agar semua ibu tunggal supaya mendekati diri dengan program keusahawanan dan aktiviti yang diadakan oleh komuniti setempat bagi mendapat maklumat tentang bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Kelab yang dipengerusikan oleh Che Mesilah Mohamed itu turut memberi sedikit sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan dapur kepada peserta bagi meringan beban mereka.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Bendahari MTD Kijal dan juga Ahli Majlis Perbandaran Kemaman, Haji Zabidin Awang dan Pegawai Imits Kijal, Azuan Ramli.




Live Website Traffic


loading...