EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bapa tunggal jaga si kembar dikunjungi Tengku Mahkota Kelantan & isteri

0 month ago, 15-Sep-2020

Bapa muda Syazwan Najmi dan anak kembarnya dikunjungi Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan isteri Cik Puan Sofie Louise Johansson di Kampung Pak Keral, Tumpat semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan diraja tersebut teruja memangku serta melayan Medina Safiya dan Medina Sofiya yang kini mencecah usia lima bulan.

Tengku Mahkota memberitahu, Cik Puan Sofie ada terbaca kisah kami menerusi Facebook dan meluahkan rasa simpati sebelum mengambil keputusan berkunjung ke sini dan bertemu sendiri bayi kembar saya ini.
Ketika kunjungan mereka semalam, Cik Puan Sofie kelihatan seronok melayan dua anak saya sambil memberi pujian comey lotey, katanya.

Tengku Mahkota turut berpesan kepada bapa berusia 23 tahun itu untuk memaklumkan jika mempunyai sebarang masalah selain tabah dalam membesarkan cahaya mata kembar itu dengan sebaiknya.

Menurut Syazwan Najmi atau mesra dipanggil Mie, dia seakan tidak percaya apabila kisahnya mendapat perhatian sehingga ke istana apatah lagi dari kalangan kerabat diraja.

Terdahulu, isterinya Allahyarham Siti Nur Nasuha Shafie meninggal dunia pada 14 April lalu selepas dua minggu dalam keadaan kritikal akibat komplikasi selepas bersalin.

: Harian Metro (Siti Rohana Idris) , Sofie Louise Johansson , Syazwan Najmi


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...