EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tulisan tangan di kad ucapan dapat pujian, ramai sangka milik Siti Nurhaliza?

0 month ago, 22-Nov-2020

Dua lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun didendangkan dengan baik oleh penyanyi gantian pada malam Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFM35) semalam.

Memilih Shiha Zikir dan Aishah bagi membawakan lagu 7 Nasihat (bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta) dan juga Bidadari Syurgamu, kedua-dua lagu tersebut berjaya menjadi perbualan hangat apabila dilontarkan dengan baik.

Sebelum berlangsungnya SFMM35 itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi telah menghantar kad ucapan terima kasih dan kata-kata semangat buat mereka semua.

Namun begitu, tulisan tangan yang tertera di kad tersebut pula menjadi perbulan di media sosial dan dianggap sangat cantik.

Nota Terima Kasih yang Tokti tulis untuk Aishah sebab sudi nyanyikan lagu beliau untuk #SFMM35 pic.twitter.com/mZ2LMBcaWb

Alan Al Padat (@IniAlannn) November 21, 2020

Tulisan tangan di kad ucapan yang dikirim beliau sangat cantik sehingga membuatkan ramai yang memuji kekemasan tulisan tangan tersebut.

Cantiknya tulisan Tokti ???????? https://t.co/iiY43rBe3h

novegeplease ???????? (@achickenperson) November 22, 2020

Beside the wishes,

Cantikkkkkk gilosss tulisan tokti nih! Pakai pen dan font apa ni. ??????Sekata jek template dia. Inspired nak tulis cantik macam ni! https://t.co/h0uKqQe9Qq

Hanafi Haron ???????? (@hanafi_haron) November 21, 2020

Tulisan tokti lawaaa mcm dia jugak laa. Pastu humbleeee je. https://t.co/Xq5fHpgbmM

#RakyatJagaRakyat (@momeedonut) November 21, 2020

Walaupun tidak pasti sama ada tulisan tangan tersebut milik penyanyi nombor satu negara itu ataupun bukan, warganet yang juga peminatnya tetap berasa teruja melihatnya.

Kad ucapan tersebut dihantar bersama dessert dari deeyans_signature yang turut memuat naik gambar kad yang ditampal diatas kotak kek untuk diberikan kepada barisan penyanyi lagu-lagu dendangan TokTi.

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh akaun peminatnya iaitu IniAlannn, rata-rata warganet telah memberikan pujian kepada tulisan tangan terbabit.

Mereka juga memberi kredit kepada TokTi kerana tetap humble dengan membahasakan diri dengan begitu mesra walaupun bergelar Datuk Seri.

: deeyans_signature, Twitter



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...