www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tular video lelaki makan dengan anjing di 'kedai mamak', siapa sebenarnya yang salah?

0 month ago, 12-Jan-2019



Semalam telah tersebar satu rakaman video kelihatan seorang lelaki merokok sambil duduk di 'kedai mamak' dengan meletakkan seekor anjing di atas kerusi sebelahnya.

Lelaki itu menerima kecaman orang ramai selepas video tersebut menjadi tular di media sosial.

Loading...

Rata-rata menyifatkan tindakan lelaki tersebut sebagai tidak sensitif dengan kehadiran ramai pelanggan Islam di 'kedai mamak' tersebut.

Menerusi aplikasi Google Maps, kami telah cuba untuk mengesan di manakah terletaknya lokasi 'kedai mamak' dalam seperti dalam video yang tular tersebut.

Jelas kelihatan dalam video tular tersebut terdapat dua objek yang dijadikan sebagai petunjuk. Yang pertama:-

Signboard "Stesen LRT Muhibbah," jelas kelihatan dalam video tersebut di bahagian tengah Maknanya restoran mamak itu pastilah terletak berdekatan dengan Stesen LRT Muhibbah.

yang kedua: 

Terdapat satu binaan kecil berwarna hijau muda dan memiliki bumbung seperti bumbung rumah dalam video itu di bahagian kiri rakaman.

Menggunakan dua petunjuk tersebut kami mencari melalui Google Maps dan terjumpa kedai yang dikatakan "kedai mamak" seperti yang ditularkan di media sosial.

1. Signboard "Stesen LRT Muhibbah"


2. Binaan kecil berwarna hijau muda dan berbumbung.


Melalui pencarian ini dapatlah disimpulkan restoran yang dikatakan "kedai mamak" itu sebenarnya ialah "Restoran Nathan's Corner" yang dimiliki oleh Nathan's Corner Holding Sdn Bhd. Jelas ini adalah Restoran India yang menyediakan menu kebanyakannya daripada selatan india. Di signboard kedai juga jelas kelihatan tulisan cina dan tamil.


Rujuk gambar di bawah, ada tulis "House of Indian Cuisine".


Binaan kecil berwarna hijau muda dan berbumbung di depan Nathan's Corner itu juga sebenarnya ialah sebuah kuil kecil yang dibina oleh pemilik kedai.



Kesimpulannya jelas Restoran Nathan's Corner kerana ia adalah restoran India bukan muslim, sekaligus status halal restoran itu wajar untuk diragui.

Jadi janganlah marah kalau nampak orang bawa anjing sebab itu memang tempat orang bukan Islam. 

Individu yang menularkan video rakaman itu memang tidak patut makan atau minum di kedai tersebut sejak dari awal lagi kerana jelas ia adalah restoran India bukan muslim.

Di bawah ini adalah video yang ditularkan tersebut:





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts