EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tular perbualan lucah di WeChat, bekas isteri Dai Farhan jadi mangsa fitnah

0 month ago, 02-Aug-2020

Selepas diam tanpa sebarang kontroversi, baru-baru ini bekas isteri kepada pendakwah selebriti, Dai Farhan, iaitu Fatin Nurul Ain, telah memuat naik satu status memaklumkan mengenai satu fitnah yang sedang berlaku ke atasnya.

Menerusi muat naik di Instagram, Fatin telah berkongsi dua gambar memaparkan perbualan lucah yang menggunakan identiti dan fotonya sebagai profil di akaun WeChat.

Susulan daripada itu, Fatin menegaskan bahawa pemilik akaun tersebut bukanlah dirinya, tetapi dibuat oleh individu lain dengan niat mahu mencemarkan nama baiknya sebagai guru agama.

Saya belajar agama
Dan
Saya mengajar agama.

Takut lah pada Allah

Untuk makluman saya hanya aktif dua Akaun ini sahaja
IG: fnamad
Fb: fnama Fatin

Akaun lain seperti michat , mewe atau yg lain mmg TIADA..

Saya mohon selain dr Akaun ni tlg report dan spam, kerana Akaun ni menyamar jd saya.

Terima kasih atas Aduan2 , hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian..

scammer unsur lucah

Dengan status baru saya, saya tampil diri pertahankan maruah diri saya dari fitnah ni , mmg sangat besar. Melibatkan nama baik dan keluarga saya.

Sejauh mana untuk menilai seseorang? Adakah melalui penampilan? atau melalui penulisan msg? Jangan mudah terpengaruh dan mempercayai. nilailah dengan Mata hati.. Semoga Allah memandu hati untuk terus bertakwa padaNya

saya doakan agar kita semua dijauhkan dari fitnah yg besar ini dan diberikan kekuatan untuk menentang sebarang penipuan dan kezaliman ke atas orang lain..

????? ???? ????? ??????

Fatin berkata, dia hanya mempunyai dua akaun laman sosial iaitu Instagram dan Facebooknya. Ibu kepada dua orang anak itu juga menegaskan bahawa selain daripada itu, bukanlah dirinya.

Cukup besar dugaan hidup di zaman fitnah ini, macam-macam boleh berlaku tanpa kita sendiri sedar bahawa ada orang lain mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri.

: Fatin Nurul Ain


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...