EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tular Isu pegang-pegang, sahabat Ebit Liew dedah bukti baru Mondy mengaku cuma mahu duit

0 month ago, 19-Sep-2023

 


Setelah Caprice mendedahkan pengakuan Mondy yang mendakwa dirinya diganggu secara kurang sopan sepanjang berada di Malaysia sebelum ini, Ustaz Ebit Lew yang baru pulang dari Jeddah segera membuat laporan polis.

Rapper terbabit bagaimanapun tidak gentar kerana yakin pihaknya berada di jalan yang betul.

Tambahnya lagi, mereka sudah serahkan segala bukti kepada pihak PDRM.


Saya tak pernah jumpa orang sebaik Ebit LewAkhlak yang luar biasaBahasa yang santun

Sementara itu, sahabat handai Ustaz Ebit Lew iaitu Ustaz Derry Sulaiman juga sempat bersuara dalam kemelut membabitkan 3 individu ini.

Dedahnya, sebelum ini Mondy pernah minta dibelikan motosikal oleh Ustaz Ebit.

Sepanjang mengenali, pendakwah Indonesia ini memuji keperibadian Ustaz Ebit yang disifatkan sangat-sangat baik.

Meskipun bukanlah orang miskin, Ustaz Ebit akan membawa pelbagai macam buah tangan jika sahabatnya itu datang ke Malaysia.


Kalian screenshot la berita ini, sebarkan di MalaysiaYang dipegang-pegang itu, Mondy bohong

Mamaparkan sisi yang cukup terpuji, Ustaz Derry juga begitu hairan mengapa ada pihak yang seakan-akan sengaja mencari aib dan mencalarkan nama baik Ustaz Ebit Lew.

Dia juga sempat menunjukkan bukti WhatsApp dengan Mondy Tatto di mana wanita itu mengaku segala yang diperkatakan dalam postcast Caprice adalah bohong.


Mondy cuma mahu wang

Tiada kepentingan peribadi, Ustaz Derry berkata semua yang dibicarakan adalah kerana Allah semata-mata.

Mahu percaya atau tidak, ia berbalik kepada penerimaan masing-masing.

Namun berdasarkan paparan mesej yang dikongsikan, katanya Mondy melakukan penipuan sebegitu demi mendapatkan wang.




@ride0rdie.sg Pang,pangsai . #mondytatto #mondy #ebitlew #malaysiafyp #fypsg #singpore #fitnahakhirzaman #uel #indonesia #gelandangan ? original sound - LocalWheel.SG



SUMBER : kelimerah.com