EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tular kisah sedih 3 beranak Orang Asli, Ebit Lew hadiahkan motorsikal baharu

0 month ago, 21-Nov-2020

Sebelum ini pernah tular di Johor mengenai kisah sedih tiga beranak Orang Asli, apabila motorsikal yang ditunggang terbakar ketika dalam perjalanan mendapat bantuan di baitulmal.

Turut prihatin dengan nasib keluarga tersebut, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tidak ketinggalan memberikan sumbangan kepada mereka.

Menerusi perkongsian di Facebook, memaparkan Ustaz Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah motorsikal baharu buat kegunaan keluarga tersebut.

Malah, bukan itu sahaja Ustaz Ebit juga sempat menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada 84 buah keluarga di kampung tersebut, yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum Orang Asli.

Meluahkan rasa syukur ada pihak yang sudi membantu, Tok Batin dan juga penduduk kampung tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit.

: Ustaz Ebit Lew



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...