EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tukar warna ikut suhu, lihat foto keunikan kucing Siam ini bertukar warna menjadi gelap setelah dewasa

0 month ago, 23-Jul-2020

Tidak perlu kita bahaskan lagi mengenai kelebihan membela haiwan peliharaan yang comel seperti kucing.Jika disenaraikan, pasti banyak perkara baik dan positif yang kita dapat dengan membela kucing.

Seperti yang kita tahu, kucing terdiri daripada pelbagai jenis dan baka, di mana setiap satu daripadanya mempunyai sifat dan kelebihan yang tersendiri.

Sebagai contoh, kucing Siam yang merupakan antara baka kucing popular di kawasan Amerika Utara dan Eropah pada abad ke-19.

?????!!!?????/Facebook

Asalnya kucing ini berwarna putih dengan tompokan hitam kecil pada bahagian-bahagian tertentu tubuhnya seperti di hujung telinga, hidung, kedua-dua belah tangan dan kaki serta bahagian ekornya.

Amat mudah untuk mengenali kucing baka ini. Namun tahukah anda bahawa sebenarnya warna kucing ini boleh berubah seiring dengan usianya?

Perubahan warna kucing Siam ini amat menarik jika dikaji. Warna asalnya cerah sehinggalah suhu tubuhnya menurun. Ketika itu, warna pada bulunya itu akan bertukar gelap.

Itulah yang berlaku jika usia mereka makin meningkat dewasa. Warna yang asalnya putih akan bertukar gelap kerana suhu pada tubuhnya menurun sehingga di bawah 36.6 C.

#1 Asalnya begini..

?????!!!?????/Facebook

#2 Masih banyak warna putih

?????!!!?????/Facebook

#3 Warna gelap mula bertambah pada bahagian muka

?????!!!?????/Facebook

#4 Warna putih pada asalnya itu menjadi sedikit coklat

?????!!!?????/Facebook

#5 Muka sudah dipenuhi dengan warna gelap

?????!!!?????/Facebook

#6 Hampir semua warna bulunya sudah gelap. Warna mata pun sudah berubah jika anda perasan..

?????!!!?????/Facebook

#7 Tinggal sedikit sahaja warna cerah pada badannya

?????!!!?????/Facebook

Sejurus dilahirkan, suhu tubuh anak kucing Siam adalah hangat dan stabil tidak terlalu panas bagi enzim yang menggelapkan pigmen bulu, sama seperti sewaktu di dalam rahim ibunya.

Itulah sebabnya anak kucing Siam dilahirkan putih.

Warnanya mula akan bertukar kira-kira seminggu selepas dilahirkan dan ianya akan terus berubah sehingga umur kucing Siam mencecah sekitar setahun.

Tukar warna ikut suhu, lihat foto keunikan kucing Siam ini bertukar warna menjadi gelap setelah dewasa Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...