EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tukar Kerak Nasi Jadi Keropok Yang Rangup!

0 month ago, 11-Feb-2020

Biasa kalau kerak nasi tu korang buat apa? Bagi ayam makan atau buang terus?

Tak baik membazir, kerak nasi tu kamu boleh tukarkannya jadi hidangan keropok yang rangup tau! Terliur pula penulis, bila bayang keropok dari kerak nasi yang rangup dengan warna kuning keemasan. Menu makanan terbaik pada waktu petang atau kudap-kudap seharian.

So, lepas ni jangan buang atau bagi ayam makan kerak nasi tu sebab kamu boleh tukar kerak nasi tersebut jadi keropok yang rangup dan sedap. Cara nak jadikan kerak nasi menjadi keropok pun mudah je, yang penting kena rajin sikit.

Dua Cara Hasilkan Keropok Kerak Nasi Yang Sedap!

Untuk menghasilkan keropok kerak nasi yang sedap sebenarnya sangat mudah, kita hanya perlu jemur dan goreng. Ya, dua cara ini saja yang akan digunakan bagi menghasilkan keropok kerak nasi yang rangup.

Bahan:

  • Kerak nasi
  • Garam
  • Dulang

Foto Arkib Wanista (Keluarkan kerak nasi dan kemudian jemur kerak nasi sehingga betul-betul kering)

Cara-cara:

#1 Sesi menjemur

  1. Perkara pertama yang harus kamu lakukan adalah, keluarkan kerak nasi dari periuk ke dalam pinggan lebar atau dulang. Potong kerak nasi tersebut dengan saiz sederhana besar atau ikut saiz yang kamu ingini.
  2. Kemudian jarakkan kerak nasi yang telah di potong tersebut.
  3. Selepas itu, jemur kerak nasi di bawah sinaran matahari yang terik di luar rumah. Jemur sehingga kerak nasi betul-betul menjadi kering. (Dalam dua hingga tiga jam)
  4. Selepas kerak nasi betul-betul kering, bawa masuk kerak nasi ke dalam rumah dan bermulalah kerja-kerja menggoreng!

Foto Arkib Wanista (Setelah kerak nasi betul-betul kering, bolehlah mulakan sesi menggoreng. Masak sehingga kerak nasi menjadi kuning keemasan)

#2 Sesi menggoreng

  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana panas.
  2. Kemudian taburkan sedikit garam di atas kerak nasi tersebut sebelum menggoreng. Tapi ada juga seetengah orang tabur garam selepas kerak nasi di goreng, jadi mana-mana pun boleh. Ikut citarasa dan selesa masing-masing.
  3. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan kerak nasi satu persatu secara perlahan-lahan.
  4. Goreng sehingga kerak nasi menjadi kuning keemasan. Siap dan sedia untuk di hidang!

Selain itu, ada juga resepi keropok nasi yang lain iaitu dengan menjadikan nasi lebihan semalam menjadi keropok yang sedap. Malah caranya juga sangat mudah, kamu masak keropok nasi ini dengan menggunakan kaedah memasak seperti membakar dalam oven atau ketuhar!

Guna Nasi Lebihan Semalam, Hasil keropok Untuk Anak-Anak

Foto Arkib Wanista

Bagi ibu-ibu yang tak tahu nak bagi makanan kudap-kudap apa untuk anak-anak, maka keropok nasi ni adalah menu yang menyihatkan dan sesuai untuk seisi keluarga. Dan caranya juga sangat mudah serta menjimatkan masa kamu di rumah!

Bahan:

  • Nasi atau lebihan nasi semalam
  • Minyak kelapa
  • Garam

Cara-cara:

  1. Blender nasi atau lebihan nasi semalam bersama minyak kelapa dan garam sehingga lumat selama 15 saat.
  2. Kemudian nasi yang telah dikisar tersebut dikeluarkan dan dibentuk untuk dijadikan doh. Biarkan seketika.
  3. Selepas itu, letakkan kertas minyak pada dulang pembakar dan panaskan ketuhar atau oven pada suhu 180 darjah selsius.
  4. Kembali semula pada doh, buat bentuk bebola kecil-kecil dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Setelah semua doh siap dijadikan bebola, kemudian penyetkan atau tekan bebola nasi tersebut sehingga menjadi leper.
  6. Apabila semua bebola nasi menjadi leper, masukan ke dalam ketuhar dan bakar selama 20 minit atau sehingga nampak kekuningan dan rangup.
  7. Setelah siap dibakar, biarkan seketika dan sejuk sendiri. Kemudian simpan keropok nasi dalam bekas kedap udara dan boleh di makan sehingga dua-tiga hari!

Foto Arkib Wanista Foto (Ambil lebihan nasi semalam kemudian blender bersama minyak kelapa dan garam sehingga hancur. Selepas itu, bahan-bahan yang diblender dijadikan doh dan buat ketulan bebola kecil-kecil. Setelah siap bebola tersebut, leperkan bebola tersebut)

Foto Arkib Wanista (Setelah doh bebola nasi menjadi leper, susun dengan elok di atas tulang membakar dan bakar di dalam oven atau ketuhar selama 20 minit. Keropok nasi siap di masak dan boleh dihidangkan!)

Serius sedap rasa keropok nasi ni, memang tak rugi masak! Jadi apa tunggu lagi jom ke dapur sekarang dan tukar kerak nasi atau nasi lebihan semalam menjadi keropok yang rangup dan enak untuk di makan bersama seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Rujukan: 1, 2


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...