EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tukar kebiasaan, pengantin pilih busana hitam ketika nikah raih pujian ramai

0 month ago, 22-Nov-2020

Pernikahan biasanya sinonim dengan busana pengantin berwarna putih. Namun begitu, tidak salah rasanya mencuba warna-warna baru yang lebih cerah ataupun gelap mengikut kegemaran masing-masing.

Namun, memilih busana pernikahan berwarna hitam adalah sesuatu yang agak janggal dalam masyarakat Melayu.

Akan tetapi, menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas, seorang jurugambar perkahwinan telah berkongsi gambar penikahan sepasangan pengantin yang memilih berbusana hitam pada hari penting mereka.

Menerusi muat naik yang dilakukan oleh Afikproduction, dia memaklumkan itu merupakan kali pertama dia mengambil gambar pengantin memakai baju berwarna hitam ketika majlis penikahan.

first time aku dapat pengantin nikah pakai baju hitam , tapi lawa gak pic.twitter.com/9HnW8gLdxu

Afik (@afikproduction) November 17, 2020

Walau bagaimanapun, hasil daripada gambar tersebut sangat cantik dan terlihat klasik memandangkan pasangan pengantin pandai menggayakan baju berwarna gelap itu.

Menurut Mstar Online, pasangan mempelai yang dikenali sebagai Hanif Ashraf dan Intan Shahirah Baharom itu memilih warna hitam kerana berlaku sedikit masalah beberapa hari sebelum majlis pernikahan mereka.

Isteri tiba-tiba mengadu berituaju tak berkenan dengan baju nikah dia warna putih. Selepas berbincang, ibu mertua setuju untuk isteri ganti baju pada saat akhir.

Akhirnya isteri dapat juga baju nikah warna hitam yang dia nakJadi saya kena cari baju Melayu hitam juga untuk sepadan. Ujar Hanif Ashraf

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh Afikproduction, rata-rata warganet terutamanya di Twitter memuji warna busana yang pengantin gayakan kerana tidak terlihat pelik walaupun berwarna hitam.

Ramai juga yang teringin memakai baju berwarna gelap ketika majlis perkahwinan mereka namun masih memikirkan persepsi orang-orang tua yang sudah tentu melarang warna tersebut kerana terlihat aneh.

Pasangan pengantin Hanif Ashraf dan Intan Shahirah Baharom, telah selamat bernikah pada 4 November 2020 di Ipoh, Perak.

Gambar-gambar pernikahan mereka tular di media sosial dan mendapat banyak likes selepas jurugambar majlis tersebut memuat naik di Twitter sekali gus memperoleh pujian daripada warganet.

: Afikproduction, Mstar Online



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...