www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tukang cuci Masjidil Haram tolak ganjaran wang, pilih untuk solat di Hijr Ismail

0 month ago, 17-May-2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hijr-Ismail adalah satu kawasan yang terletak di sebelah utara Kaabah, yang mana pada asalnya merupakan tempat berteduh bagi Nabi Ibrahim A.S. ketika Baginda membangunkan Kaabah dahulu.

Kawasan itu biasanya dikerumuni oleh orang ramai dan ramai orang akan bersesak-sesak untuk merebut peluang berdoa di sana kerana ia merupakan kawasan yang mustajab untuk berdoa.

Mungkin atas keistimewaan itulah yang menyebabkan seorang tukang cuci kawasan Kaabah sanggup menolak hadiah berbentuk wang tunai setelah diundi sebagai tukang cuci paling rajin di sana.

He was from Pakistan. In the Kaaba, he was voted the most diligent cleaner of the month. They wanted to reward him money but he refused. Instead, he said he wanted to pray in Hijr-Ismail. The doors were closed, Hijr-Ismail was assigned to him and this image transpired.

Beliau yang berasal dari Pakistan itu lebih memilih untuk diberikan kesempatan bagi memasuki Hijr Ismail dan permintaannya itu telah ditunaikan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram.

Pemuda berkenaan berhasrat bagi memasuki Hijr Ismail berbanding memilih wang tunai sebagai ganjaran dan permintaannya itu ditunaikan oleh pihak pengurusan Masjidil Haram.

Bukan itu sahaja, pintu di kawasan Hijr Ismail juga ditutup bagi membolehkan pemuda itu menunaikan ibadah dengan bersendirian.

Kisah ini telah berlaku beberapa tahun lalu yang telah dimuatnaik di Facebook Dr. Bilal Philips dan kembali tular beberapa hari lepas. Ianya memberi inspirasi kepada ramai pembaca dan juga mereka yang mengetahui kelebihan beribadah di Hijr Ismail itu.

Rezeki dia.. Tiada nikmat kecuali jadi hamba yang taat

Posting sama turut dimuat naik oleh PU Amin yang mengundang perhatian netizen bagi memberikan komen dimana rata-rata meluahkan rasa syukur dan memuji bertuahnya pemuda berkenaan dapat diberi peluang untuk bersolat di situ.

Bukan sahaja dibenarkan masuk, malah kawasan Hijr Ismail ini telah ditutup dan dikhaskan untuk beliau bagi membolehkannya beribadah dan berdoa bersendirian sahaja.

Alangkah beruntungnya beliau diberi kesempatan sebegitu rupa dan keputusan beliau ini juga telah memberi pengajaran kepada kita semua bahawa ada perkara yang lebih besar daripada wang ringgit.




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts