EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tukang kasut peramah ini jual semua harta dan tinggal sendirian dalam kontena kecil setelah isterinya meninggal dunia

0 month ago, 15-Sep-2020

Pernahkah anda terfikir bagaimana kehidupan anda di masa tua yang sebatang kara setelah orang tersayang pergi buat selama-lamnya?

Seorang pak cik warga emas di Ipoh ini mengubah kehidupannya secara drastik setelah kematian isterinya dan kisahnya agak menyentuh hati untuk membuat anda bersimpati.

Seorang pengguna Twitter, Aus Meshi berkongsi kisah seorang tukang kasut peramah dikenali Pak cik Osman, yang menjalankan perniagaannya di Ipoh.

@AusMeshi/Twitter

Aus Meshi menulis, setelah isteri Pak cik Osman meninggal dunia, dia telah menjual kesemua harta bendanya dan membuat keputusan untuk tinggal di sebuah kontena kecil yang digunakannya sebagai kedai membaiki kasut.

"Setelah isteri meninggal dunia, pak cik jual semua harta dan tidur di kedai ini, anak pun tak ada dik," kata Pak cik Osman.

Aus Meshi memberitahu, Pak cik Osman telah bekerja sebagai tukang kasut di pondok kecil di sebelah kompleks beli-belah Megoplex di Ipoh sejak dia masih muda lagi. Setelah Pak cik Osman menjual kesemua harta bendanya, warga setempat memutuskan untuk membantu mengubah pondoknya menjadi kontena kecil yang lebih selesa.

@AusMeshi/Twitter

"Setelah isterinya meninggal dunia, ramai orang telah tampil memberi sumbangan untuk membina kontena kecil itu bagi membolehkan dia tinggal lebih selesa," kata Aus Meshi.

Menurut Aus lagi, Pak cik Osman dibantu masyarakat setempat yang prihatin dengan nasibnya yang kini hidup bersendirian.

"Dia tidak mempunyai rumah. Dia menjual semuanya. Ada pemilik kedai di kawasan itu yang mengendalikan sebuah restoran dan dia bersimpati lalu membenarkan Pak cik Osman menggunakan ruang pejabat yang kosong untuk mandi dan menyalin pakaian, tambah Aus.

Lepas Isteri saya meninggal, saya jual semua harta, saya tidur kat kedai ni, Anak pun takde dik

Mandi dekat depan2 tu, Owner kasi tumpang. Pakcik Osman, daripada aku kecil Kedai Jahit Kasut ni dah ada.

Location: Sebelah Megoplex Ipoh pic.twitter.com/DvoRBtK9kH

Aus Meshi (@AusMeshi) September 10, 2020

Sikap saling membantu di kalangan masyarakat yang prihatin seperti ini sekurang-kurangnya dapat membantu pak cik ini meneruskan kehidupannya dengan baik dan tidak kesunyian.

Anda juga boleh membantu Pak cik Osman jika terserempak dengannya ketika berada di Ipoh dan berikan kasut lama anda untuk dibaiki, berpatutan sahaja cajnya kata Aus Meshi.

Tukang kasut peramah ini jual semua harta dan tinggal sendirian dalam kontena kecil setelah isterinya meninggal dunia Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...