EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tuduh jual tanah, Annuar akan saman Tan Kok Wai

0 month ago, 19-Nov-2020

KUALA LUMPUR Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai yang mendakwa beliau telah bertindak menjual 42 plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tegasnya, sepanjang memegang jawatan menteri dalam tempoh lapan bulan sejak Mac lalu, beliau tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada DBKL untuk menjual mana-mana aset mereka.

Katanya, tindakan Tan yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan itu sangat berbaur fitnah, menjejaskan reputasinya dan DBKL.

Ia satu tuduhan berat dan sangat serius, katanya pada sidang mediadi bangunan Parlimen hari ini.

DakwaanTan itu dilaporkan sebuah portal beritadalamtalian semalamyangmendakwa sepanjang tempoh Annuar memegang jawatanitu, banyak tanah milik DBKL yang dijual kepada pihak swasta untuk dimajukanmelibatkan projek perumahandancampuran komersial.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata Tansepatutnya membangkitkan perkaraitu dalam Dewan Rakyat supaya beliau boleh memberikan jawapan, bukannya di luar dewan.

Tindakan di luar Parlimen tertakluk undang-undang tertentu, justeru saya telah arahkan peguam saya untuk ambil tindakan undang-undang terhadap beliau mengikut jalur dan proses sedia ada kerana saya memandang serius terhadap tuduhan seperti ini, katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuaryang merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), berkata tidak timbul persoalanmenteri daripada parti mana yang memegang sesuatu portfolio dalam Kabinet kerana keputusan kerajaan dibuat dalam mesyuarat jemaah menteriberdasarkan prinsip tanggungjawab bersama.

Menteri pegang portfolio mana pun semua penting.

Tidak ada satu menteri yang tidak penting, ini tidak timbul sebagai contoh Menteri Kanan Pendidikan (DrRadzi Jidin)memang betul kalah pada saya(dalam pilihan raya) tetapi dia sudah dilantik sebagaiSenator dan mencukupi syarat untuk dilantik sebagai anggota jemaah menteri, katanya.

Beliau berkata demikian selepasditanya pemberita berkenaan kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah yang berpendapat parti itu sepatutnya memegang lebih banyak jawatanmenteri atau portfolio utama dalam Kabinetpimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERNAMA

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...