EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tuchel Senada Lord Fakri Apabila Melarang Werner Buat Extra Training Untuk Penyudah

0 month ago, 04-Apr-2021

Lord Fakri pernah menyatakan: Jika bola tak nak masuk, buat macam mana pun tak akan masuk.

Dan ianya seolah olah prinsip yang sama dipegang oleh Thomas Tuchel. Di mana pengurus Chelsea itu tidak membenarkan Timo Werner untuk melakukan latihan tambahan untuk penyudah / finishing di pusat latihan.

Werner menjadi tumpuan sekali lagi selepas gagal menyempurnakan peluang terhidang ketika Jerman tewas kepada Macedonia Utara. Joachim Low tanpa berselindung menganggap detik itu sebagai turning point kepada kekalahan mengejut Jerman.

Werner berdepan dengan isu tumpul dalam beberapa perlawanan sejak menyertai Chelsea. Memang beliau menjaringkan gol, tetapi tak cukup untuk reputasi yang beliau ada sebelum ini.

Tuchel berkata: Jika perempuan tak nak keluar dengan kamu, jangan paksa, berundur dan mungkin dia akan menghubungi kamu.

"If a woman doesnt want to go out with you, you cannot force her. Step back and maybe she will call you"

Thomas Tuchel absolutely brilliant on Timo Werner ???? pic.twitter.com/WVG19mjbI5

Hayters TV (@HaytersTV) April 2, 2021

Tuchel menyatakan buat masa ini, Werner buat la apa sahaja pun, gol itu tetap tak akan tiba jika memang ianya dalam fasa tak nak muncul.

Tuchel menegaskan Werner tak perlu risau dengan gol. Kerana pemain itu ada otak yang memang tahu cara skor. Mungkin sedikit kurang bernasib baik di depan gol pada masa ini.

Werner bergelut untuk menjadi penjaring konsisten sejak berpindah ke Chelsea dari RB Leipzig. Hanya menjaringkan 2 gol dalam 27 penampilan dalam semua pertandingan dengan harapan setinggi gunung diletakkan kepadanya selepas dibeli 47.5 juta.

Tuchel mempertahankan Werner yang terlepas peluang keemasan ketika menentang Macedonia Utara.

Pertamanya, tengok la hantara Gundogan itu cara saya menilainya. Dia terlepas peluang dan sekarang semua orang bersemangat waja bercakap tentangnya, yang bagi saya sedikit merimaskan. Hakikatnya, dia tak bermula dalam 3 perlawanan untuk Jerman, jadi, jika dia ada minit lebih banyak, mungkin dia akan skor lebih banyak.

Penyelesaian paling mudah, adalah menuding jari kepada Timo, di mana saya tak faham sepenuhnya, saya tak dapat terimanya. Saya gembira dia kembali ke sana, kerana dia dilindungi, kita meminta terlalu banyak dari dia, kita akan mendapat banyak daripadanya.

Ya, masa ini dia ada masalah kurang keyakinan diri. Bola yang biasanya masuk tak masuk, namun dia terus bekerja keras untuk kami semua.

Dia menjaringkan gol untuk kami, dia melakukan assist, dia memenangi penalti. Jadi, jika ini isu yang kritikal dalam karier kamu, kamu boleh terimanya dan berkata: Dia sudah cukup bagus setakat ini.

Sekarang adalah momen untuk mengabaikan tentangnya, tidak membaca tentangnya, bahkan jangan lakukan latihan tambahan. Saya cakapa kepadanya ketika dia menyatakan nak melakukan latihan tambahan untuk penyudah. Saya kata: Kamu tak perlukannya. Badan dan otak kamu tahu cara skor. Kamu melakukannya sejak berusia 6 tahun. Jadi tak perlu risau, gol itu akan datang sendiri.

Perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah bekerja keras dan jangan gentar.

Thomas Tuchel on Timo Werner's struggles in front of goal ???? pic.twitter.com/kR3tm1IDbJ

ESPN FC (@ESPNFC) April 2, 2021

Tuchel dan Chelsea kembali menyambung kempen mereka selepas rehat antarabangsa.



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...