www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Trump Menggalakkan Kebencian

0 month ago, 16-Apr-2019


Ilhan Omar

Tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghantar video yang telah diedit, menuduh seorang ahli kongres menyangkal serangan 11 September 2001, telah meningkatkan kebencian dan ancaman kematian.

Wanita Islam pertama dipilih rakyat, Ilhan Omar berkata beliau telah mendapat banyak ugutan bunuh sejak Trump memuatnaik video tersebut pada Jumaat malam.
Ini membahayakan nyawa (saya dan) ia mesti dihentikan, kata Ilhan pada hari Ahad, dipetik agensi al-Jazeera.

Kenyataannya lewat Ahad lalu berikutan pengumuman oleh dibuat oleh Yang DiPertua Dewan, Nancy Pelosi bahawa beliau telah mengambil langkah untuk memastikan keselamatan wakil Demokrat dari Minnesota itu.

Nancy juga menyeru Trump menarik balik video kontoversi itu dan tidak lama selepas kenyataan Pelosi, video itu hilang sebagai tweet yang disematkan di bahagian atas hantaran Twitter Trump, tetapi ia tidak dipadamkan.

Pelosi adalah antara Demokrat yang telah mengkritik Trump kerana hantara media sosial Trump itu, dengan beberapa komen lain, menuduh Trump cuba menghasut keganasan terhadap ahli politik Islam.

Seorang lelaki dari New York baru-baru ini telah didakwa kerana megugut akan membunuh Ilhan.
Jenayah ganas dan tindakan lain yang membenci oleh pelampau sayap kanan dan nasionalis putih semakin meningkat di negara ini dan di seluruh dunia,

Kita tidak boleh lagi mengabaikan bahawa mereka (pelampau) digalakkan oleh penghuni pejabat tertinggi di tanah ini. Kita semua orang Amerika. tegas Ilhan





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts