EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Trend! Stail Rambut Boyfriend Bob Paling Cool Untuk Tahun 2021

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Boyfriend Bob trending untuk tahun 2021!

Tahun 2021 rasa macam nak tukar stail rambut. Tapi yang macam mana sesuai dengan bentuk muka?

Siapa yang tengah tercari-cari stail rambut baru, pertimbangkan Boyfriend Bob. Sejak tahu lepas lagi, stail rambut ini mendapat sambutan hangat, golongan selebriti, influencer dan orang biasa sakan memotong rambut dengan stail ini.

IKLAN

Boyfriend Bob Moden Dan Seksi

Model Kaia Gerber dan penyanyi Dua Lipa, antara yang membuktikan bahawa stail bob ini boleh menjadi moden, muda, segar, dan sedikit seksi. Penampilan terus berubah dengan stail bob, nampak lagi cool dan edgy sekali.

Foto Pinterest

Kenapa dinamakan Boyfriend Bob? Ia merupakan potongan klasik bob biasa, cumanya kali ini dipotong pendek -agak-agak paras telinga atau melepasi mengikut tekstur dan bentuk wajah. Jadi nampaklah imej maskulin.

Sesiapa Saja Boleh Stailkan Boyfriend Bob

Mungkin kita rasa stail ini sesuai untuk individu yang berwajah runcing dan petak ala-ala model, dan tidak pada si bulat. Tapi percayalah sesiapaboleh mengenakan stail Boyfriend Bob.

Foto Pinterest

Namun, kena sesuaikan dengan bentuk dan tekstur wajah agar penampilan terlihat cantik menawan. Jadi, penting untuk mempertimbangkan itu semua sebelum merubah gaya.

Jika anda miliki wajah bulat,anda harus memilih bob yang mendekati tulang selangka supaya wajah nampak runcing.Bagi yang berwajah berbentuk hati, jadikan bob anda sangat pendek untuk menonjolkan garis rahang dan tulang pipi.

Idea Boyfriend Bob Boleh Cuba

Curl Bob

Foto Pinterest

Blunt Bob

IKLAN

Foto Pinterest

Fringe Bob

Foto Pinterest

Cantikkan? Selamat Beramal!



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...