EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Trend menaik kaunter pembuat sarung tangan bantu Bursa dibuka tinggi pagi ini

0 month ago, 14-Sep-2020

KUALA LUMPUR,. Kaunter pembuat sarung tangan terutamanya Top Glove memacu dagangan di Bursa Malaysia untuk dibuka tinggi pagi ini.

Pada pukul 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.25 mata atau 0.35 peratus kepada 1,510.10 berbanding 1,504.85 ketika ditutup pada Jumaat petang.

Indeks utama dibuka 8.58 mata lebih tinggi pada 1,513.43 dan terus bergerak melepasi paras psikologi 1,500.

Jumlah dagangan ialah 603.73 juta saham bernilai RM574.34 juta.

Malacca Securities dalam notanya berkata FBM KLCI akan memantau secara dekat pergerakan kaunter bewajaran tinggi berkaitan sarung tangan.

Selain itu, keuntungan yang diraih di keseluruhan pasaran seberang laut akan memberikan sedikit kestabilan dalam tempoh terdekat ini.

Tetapi kami tidak menolak kemungkinan situasi kemudahruapan dalam bergerak ke hadapan berikutan keadaan tidak menentu.

Pada masa sama, terdapatnya sentimen positif untuk mencatatkan peningkatan dalam kalangan saham murah memandangkan para pelabur akan terus mencari keuntungan.

Pasaran saham AS terus yakin, dirangsang oleh kenaikan oleh Dow sebanyak 0.5 peratus kepada 27,665.64 pada Jumaat dengan keuntungan dibantu oleh data indeks harga pengguna yang lebih kukuh daripada jangkaan, meningkat 1.3 peratus pada Ogos 2020.

Sementara itu, pasaran saham serantau kebanyakannya tinggi pada Jumaat.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove melonjak sembilan peratus atau 68 sen kepada RM8.44, Hartalega naik 26 sen pada RM12.70, Sime Darby meningkat tujuh sen kepada RM2.34 dan Nestle naik RM1.70 pada RM140. 20.

Bagaimanapun, TNB turun 18 sen kepada RM11.24, Maybank jatuh lapan sen kepada RM7.37, IHH susut 10 sen kepada RM5.40 dan PetChem merosot enam sen kepada RM5.58.

Antara saham paling untung, Supermax naik 63 sen kepada RM8.13 sementara Kossan 38 sen lebih tinggi kepada RM11.06.

Kaunter paling cergas pula, Kanger meningkat 1.5 sen kepada 27.5 sen, Hiap Teck naik 2.5 sen kepada 20.5 sen dan XOX naik setengah sen kepada 20.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 58.69 mata kepada 10,810.17 dan Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 118.94 mata kepada 12,761.48.

FBM 70 melonjak 144.16 mata kepada 13,816.55, Indeks FBMT 100 meningkat 55.32 mata pada 10,628.86 dan FBM ACE melambung 164.47 mata kepada 10,640.34.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 48.63 mata kepada 12,616.82, Indeks Perladangan meningkat 13.19 mata kepada 7.021.07, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.28 mata kepada 135.06.

BERNAMA


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...