EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Transisi Baharu Ai.Z

0 month ago, 10-Jun-2021

Bersedia untuk melangkah ke pentas antarabangsa, Aizat Amdan melancarkan projek bahasa Inggeris terbaharu di bawah nama Ai.Z dengan memperkenalkan single debut berjudul The Last Thing.

Nama Aizat Amdan bukanlah asing dalam persada muzik Malaysia. Kini, dia bersedia untuk melangkah ke pentas antarabangsa dengan projek bahasa Inggeris dalam memperkenalkan single berjudul The Last Thing. Bukan lagi dikenali sebagai Aizat, dia kini akan menggunakan nama Ai.Z dalam transisi baharu ini.

Sebagai seorang artis, transformasi muzik dan mencipta semula artistry saya tidak bermakna saya kehilangan identiti diri. Ia bermaksud saya menambah lapisan-lapisan sehingga saya benar-benar menjumpai diri saya yang sebenar selepas keseluruhan proses, ulas Ai.Z mengenai projek terbaharu ini.

Taruhan pertama Ai.Z merupakan sebuah lagu yang ditulis bersama bintang antarabangsa kebanggaan Malaysia, Yuna. Diterbitkan oleh bakat yang semakin mencipta nama iaitu Kuizz dan SA.TU, single The Last Thing adalah gabungan kreatif yang cukup segar dan bertenaga. Sulaman ritma R&B dan pop menjadi latar penceritaan yang personal dalam navigasi perasaan yang lost in love. Kuizz selaku penerbit cukup bijak hanya mengekalkan mainan instrumen yang mudah, sebaliknya mengetengahkan kekuatan natural vokal Ai.Z lantas membenarkan pendengar untuk menghayati lirik dan lagu.

Video muzik untuk single The Last Thing akan mula ditayangkan pada 11 Jun 2021 di saluran Youtube rasmi Ai.Z. Dirakamkan di Kuala Lumpur, video muzik yang diarahkan oleh Nelson Chong ini akan mengeksplorasi idea loops dan peranannya dalam sebuah perhubungan yang penuh dengan toksik.

Sejak menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia pada 2007, dia terus mewarnai lanskap muzik lokal dengan lagu-lagu hit seperti Hanya Kau Yang Mampu, Pergi, Lagu Kita, Sampai Ke Hari Tua dan banyak lagi. Dia telah melahirkan bebrapa album dan single selain memenangi pelbagai anugerah dan pencapaian.

The Last Thing telah dilancarkan secara eksklusif di rancangan Pengarah Kreatif Global Apple Music, Zane Lowe di Apple Music pada 8 Jun lalu. Peminat kini boleh membeli dan/atau strim single baharu ini di iTunes, Spotify, TIDAL dan semua platform strim utama yang lain. Ai.Z juga dijadualkan akan mengeluarkan beberapa lagi muzik baharu menjelang akhir 2021 atau awal 2022 di bawah label persendiriannya, KGE serta diedarkan oleh YRR Music.

Foto: YRR Music

Baca lebih lanjut: Apple Umum 10 Update Baharu Buat iPhone, iPad Dan AirPods



SUMBER : eh.my



Live Website Traffic


loading...