EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Transformasi si biri-biri sebelum dan selepas mandi, lihatlah betapa gebunya mereka seperti rasa hendak peluk sahaja

0 month ago, 22-Mar-2020

Pasti ramai yang bersetuju apabila dikatakan biri-biri merupakan antara spesies yang sangat comel. Kita bukan sahaja geram melihat telatah lucu mereka tetapi fizikal mereka yang gemuk beserta bulu yang tebal pasti akan buatkan sesiapa pun geram melihatnya.

Tidak hairanlah jika banyak alat permainan kanak-kanak dibuat menyerupai bentuk biri-biri kerana mereka sememangnya sangat comel!

Mengambil inspirasi daripada haiwan ini, sebuah kedai kopi di Seoul, Korea telah muncul dengan idea yang bertemakan biri-biri. 'Thanks Nature Cafe' di Seoul ini bukan sahaja memiliki hiasan bertemakan biri-biri malah di situ juga terdapat biri-biri sebenar yang berkeliaran di situ.

Baru-baru ini pihak cafe telah mengeluarkan gambar-gambar yang menunjukkan biri-biri ini semasa dimandikan dan didandan sebelum dibawa ke cafe. Melihat transformasi mereka pasti akan buat ramai yang geram, sudahlah comel, gebu pula!

Cocomy

Pada mulanya bulunya berwana seperti kekuningan dan kecoklatan, tetapi selepas dimandikan... warnanya terus bertukar menjadi putih. Kelihatan seperti kapas yang baru dibersihkan.

Cocomy

Ini pula yang berlaku selepas bulunya dikeringkan, geram bukan melihatnya?

Cocomy

Pelanggan juga boleh berinteraksi dengan biri-biri, tetapi mereka tidak dibenarkan untuk memberikan mereka makan. Lihat sendiri ekspresi mukanya... alahai comelnya...

Cocomy

Cocomy

'Thanks Nature Cafe' ini telah dibuka pada tahun 2011. Terdapat 2 ekor-ekor biri-biri comel yang menjadi tarikan pengunjung ke cafe itu.

Cocomy

Kedai ini merupakan salah satu cafe bertemakan haiwan paling awal dibina di Korea Selatan dan mula terkenal pada sekitar tahun 2015.

Cocomy

Biri-biri aktif bergerak di dalam cafe

Cocomy

Ini dia si comel William dan Bentley.

Cocomy

Jika anda pergi ke Korea nanti, jangan lupa untuk berkunjung ke cafe ini dan berjumpa sendiri dengan William dan Bentley.

Cocomy

'Thanks Nature Cafe'

Alamat: No. 486, Seogyeong-dong, Mapo-gu, Seoul (??? ??? ??? 486 ? ?), berhampiran Metro Line 2 Hongdae, Entrance 9

Waktu perniagaan: 11:00 pagi- 10.00 malam

 

 

Transformasi si biri-biri sebelum dan selepas mandi, lihatlah betapa gebunya mereka seperti rasa hendak peluk sahaja Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...