EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Transaksi tol RFID di laluan PLUS Juru-Skudai bermula 15 Jan 2022

0 month ago, 13-Jan-2022

 

Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai 15 Januari, 10 malam.

PLUS menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di Lebuhraya Utara-Selatan.

"Pada ketika ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang telahpun menggunakan RFID Touch n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang," katanya.


Pelekat RFID Touch n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara atas talian, tambah PLUS.

Maklumat lanjut berhubung RFID  boleh layari laman web http://rfid.plus.com.my.

BERNAMA



SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...