www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tragedi Tembakan Rambang Christchurch: Kenyataan ADUN DAP sangat kurang ajar!

0 month ago, 15-Mar-2019




oleh: Dr Khairuddin Takiri

Adun DAP ini sangat kurang ajar. Di saat umat Islam di Malaysia bersedih atas peristiwa jenayah pembunuhan umat Islam di masjid New Zealand beliau tergamak mengaitkan apa yang berlaku dengan hubungan kerjasama politik PAS dan UMNO. 

PAS dan UMNO adalah dua parti sah berdaftar yang boleh saja melakukan apa sahaja hubungan politik mengikut lunas demokrasi. Jangan jadikan jenayah kemanusiaan ini sebagai jambatan politik bagi melindungi ketakutan DAP terhadap masa depan politik mereka hasil gabungan dua parti melayu islam ini secara demokrasi. 

Jangan berpolitik sepanjang masa di saat umat Islam sedang bersedih dan terkilan dengan apa yang berlaku. Jangan pula kebencian berasaskan agama cuba dibangkitkan menerusi ulasan biadap tersebut.

Keharmonian bernegara perlu dipelihara di negara ini. Caranya ialah jangan ada mana-mana parti yang berkuasa membelakangkan asas bernegara Malaysia yang memberikan hak keistimewaan kepada Melayu dan juga jangan menidakkan Islam sebagai agama negara.

https://m.malaysiakini.com/news/468120

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2428660470477302&id=569086473101387



SUMBER : 1media.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts