www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tragedi Christchurch : Serangan Pengganas

0 month ago, 16-Mar-2019




Brenton Tarrant telah didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh dan juga atas beberapa lagi kesalahan lain yang akan disabitkan.

Beliau yang dihadapkan di mahkamah tiba dalam seragam putih penjara dan berkaki ayam. Sempat menunjukkan "white power symbol" menggunakan jarinya (rujuk gambar).

Walau bagaimanapun, mahkamah ditutup kepada orang awam atas sebab keselamatan. Semasa media mengambil gambarnya di kandang tertuduh, dia membuat riak muka yang menjengkelkan (smirking).

Perdana Menteri NZ, Jacinda Ardern telah menyatakan bahawa akan berlaku perubahan undang undang di New Zealand ekoran serangan pengganas ini yang dengan senang menyiarkan siaran secara langsung pembunuhan tersebut. Dan difahamkan pengganas tersebut memiliki 5 pucuk senjata api dan juga lesen senjata yang diperolehinya pada 2017. Beliau menambah bahawa undang - undang senjata api NZ juga akan turut diubah setelah beberapa kali cubaan mengubahnya pada beberapa tahun yang lepas. Pengganas tersebut memperoleh lesen Kategori A yang membolehkan dia memilik senjata semi automatik secara halal. Sementara itu, kata beliau, kawalan di sekitar masjid dan kawasan kawasan berkaitan masih terus dikekalkan.

Tarrant telah disabitkan bersalah membunuh 41 orang di Masjid Al Noor dalam satu tragedi berdarah semalam.

Sekian.

- By Elrond

#NewZealand #Christchurch



SUMBER : penangkini.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts