EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tottenham Hotspur Bidas Marca Siar Artikel Asal Usul Yahudi

34 month ago, 16-Oct-2017

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur berkata mereka terkejut dengan sebuah artikel oleh sebuah akhbar tabloid di Sepanyol, Marca, yang mendakwa kelab London itu dibenci ramai kerana salasilah suku kaum Yahudi kelab London tersebut.

Akhbar yang berpusat di Madrid tersebut menyiarkan secara bercetak laporan berkenaan, sebagai sebahagian daripada liputan perlawanan membabitkan kelab London berkenaan yang akan berkunjung ke Santiago Bernabeu untuk perlawanan menentang Real Madrid.

Perlawanan di antara Tottenham Hotspur dan Real Madrid yang akan berlangsung pada awal pagi Rabu nanti adalah perlawanan ketiga kumpulan H, UEFA Champions League (UCL) membabitkan kedua-dua buah pasukan.

From Spain: Tottenham an enemy, hated by fans around the country, Jewish connection a reason. #THFC #COYS https://t.co/bFG6TC19nN pic.twitter.com/uAxGeR2C7x

Sport Witness (@Sport_Witness) October 16, 2017

Artikel berkenaan yang dihasilkan oleh seorang wartawan berpengalaman, Enrique Ortega mendakwa Spurs dibenci oleh penyokong lawan. Antara petikan artikel tersebut berbunyi:

Salasilah dan asal usul Yahudi kelab tersebut menyebabkan mereka dibenci oleh penyokong lawan. Namun dalam sejarah 135 tahun Tottenham Hotspur, mereka sentiasa mempunyai gaya permainan dan pemain yang hebat.

Tottenham Hotspur turut mengeluarkan satu kenyataan mengenai artikel tersebut. Kenyataan yang turut diedarkan oleh ESPN FC itu berbunyi:

(Photo credit should read BEN STANSALL/AFP/Getty Images)

Kami amat terkejut apabila sebuah organisasi seperti Marca yang sering mendakwa diri mereka mengamalkan etika kewartawanan yang profesional, telah menerbit sebuah artikel yang jelas mempunyai fakta yang salah dan boleh menimbulkan keraguan.

Secara tradisi, Tottenham mempunyai kumpulan penyokong yang besar dari komuniti Yahudi. Kumpulan penyokong tersebut menggelar diri mereka Yids, salah satu cara negatif untuk penganut agama Yahudi.

Pada 2013, pihak FA turut memberi amaran kepada semua penyokong kelab-kelab di EPL untuk berhenti melaungkan perkataan Yid.

Sebarang laungan dengan perkataan tersebut akan mengakibatkan pelaku akan ditahan pihak polis kerana menggunakan perkataan yang dianggap berbaur perkauman dan mengamalkan diskriminasi.


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...