EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tolonglah benarkan aktiviti berbasikal ketika Covid-19

0 month ago, 20-Mar-2020

AKTIVITI kayuhan basikal sepatutnya digalakkan sebagai pengangkutan selamat dan mampu meningkatkan rintangan kepada Covid-19 sepanjang penularan wabak itu, kata kumpulan British Cycling.

Julia Harrington, ketua eksekutif persatuan itu, sudah menulis kepada Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock agar menyeru kerajaan untuk menambah berbasikal dalam senarai aktiviti yang dicadangkan ketika penularan wabak itu yang menjejaskan sekitar 2,600 orang di UK dan membunuh 137 orang.

Dalam surat itu, disiarkan dalam laman web British Cycling, katanya : Sebagai persatuan kami sangat menyokong nasihat daripada kerajaan untuk memberhentikan semua aktiviti yang tidak sepatutnya dan kekal di rumah ketika arahan kerajaan untuk pengasingan diri, dan kami faham situasi ini akan berlarutan untuk tempoh tertentu.

Begitupun, saya gembira melihat kerajaan mencadangkan berjalan kaki adalah cara untuk kekal aktif dan mengurangkan beberapa isu berkaitan pengasingan berpanjangan.

Saya percaya ia berada dalam semua kecenderungan kami untuk mematuhi nasihat ini termasuk berbasikal.

Britain setakat ini mengambil pendekatan tidak begitu drastik ketika penularan virus berbanding beberapa negara yang memilih perintah berkurung seperti berlaku di Itali dan Sepanyol di mana aktiviti rekreasi basikal tidak digalakkan secara aktif.

Di Perancis berbasikal adalah tidak dibenarkan berbanding mereka yang menunggang motosikal ke tempat kerja.

Britain akan menutup hampir semua sekolah bermula Jumaat dan mencadangkan jarak perhubungan sosial serta menasihatkan orang ramai tidak berkumpul selain larangan berada di pub dan restoran.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...