www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tolong Viralkan!

0 month ago, 10-Nov-2018


Oleh: Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU- Muslimat Parti Islam SeMalaysia(PAS) mestilah bangkit dan bersemangat sebagai penyalur maklumat untuk mempertahankan kerajaan PAS Terengganu, tolong viralkan kejayaan-kejayaan melaksanakan janji-janji manifesto.

Hajah Zarani Othman

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu(DMPNT), Hajah Zarani Othman berkata, antara post mortem kegagalan mengekalkan kerajaan 1999 hingga 2004 adalah kerana apa yang dilaksanakan tidak sampai ke akar umbi.

Walaupun banyak sangat kerajaan negeri pada masa pemerintahan di bawah Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang buat, tidak sampai kepada masyarakat, rakyat tak tau, keluhnya.

Zarani menyatakan demikian di Taklimat Penerangan anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, DMPNT di Kuala Ibai di sini pada 8 November.

Jadi ambillah ianya sebagai pengajaransaya sangat berharap mesej yang dihantar oleh Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) dalam whatsapp dibaca oleh muslimat dan dapat disalurkan kepada masyarakat, ujarnya.

Hajah Maznah Muftahuddin

Sementara itu, Ketua Penerangan DMPNT, Hajah Maznah Muftahuddin di dalam kata alu-aluannya, berharap muslimat terus berjuang menyedarkan masyarakat bersama satu jiwa yang besar dan semangat yang kental walaupun apapun cabaran yang hadapi.

Sebab kita berada dalam kerajaan negeri Terengganu yang kini PAS memerintah,

Kita mengambil amanah supaya syariat Islam dapat ditegakkan sehinggalah pada titisan darah yang terakhir, katanya kepada muslimat-muslimat yang merupakan petugas-petugas parti daripada seluruh Terengganu.



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts