EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tolong jangan sebar aib tuan rumah Padah pertikai kebersihan telekung yg dipinjam dari tuan rumah, gadis ini teruk dikecam netizen.

0 month ago, 10-May-2022

Pernah dengar mutiara kata dari orang hebat tentang adab menziarah, apabila berkunjung ke rumah seseorang, masuklah kamu sebagai orang yang buta dan apabila keluar daripadanya maka jadilah kamu seorang yang bisu.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Ia jelas memberitahu kepada kita agar tidak menceritakan segala perihal yang berada di dalam rumah kepada orang luar, cukup kita saja yang tahu.

Namun, sebaliknya pula yang dilakukan oleh gadis ini sewaktu berkunjung ke rumah kawannya.

Nak terus solat ke tangguh?

Dalam hantarannya, dia ada berkongsi akan keadaan telekung yang dipinjam dari rakannya yang kelihatannya kotor dipenuhi bintik hitam.

Malah, dia juga ada meminta pendapat dari warganet sekiranya berada di posisinya, mereka akan meneruskan untuk menunaikan solat atau menangguh dan solat di rumah.

Sihat tak dia ni

Walau bagaimanapun, tindakannya mengundang kecaman pula dari netizen, bilamana rata-ratanya meminta agar dia menjadi tetamu yang lebih beradab.

Demikian adalah kerana ia terkait dengan aib tuan rumah itu sendiri yang juga merupakan kenalannya.

“Banyok dosa salah silap kita sebagai manusia… pakat pakat muhasabahlah kite seme atas diri masing-masing..kejap je kita kat dunia ni..pah ni mati belaka kita..alam barzakh akan semua tempuh..jgn banyak hal sngt!” – Aimran

“Lain kali pergi kemana2 bawa telekung sendiri tak payah pinjam barang orang. Kalau boleh nak pergi berjalan solat dulu dirumah baru keluar kan mudah. Nak solat juga cari masjid atau surau tak perlu tumpang solat dirumah orang” – Zainab

“betul xbaik buka aib org.. tp yg tuan rumah tu septutnya harus bagi yg elok yg belom pakai lg untuk tetamu dn lg 1 brapa lama tu xbasuh telekung tu? benda tu kita pakai untuk menghadap allah kena la bersih nk jumpa kawan nk kelua rumah boleh pulak pakai yg elok lawa2.. mana besar darjat manusia dari allah? maaf kalau ada salah silap apa yg sy cakap ni.” – Hayat

Tonton Video:

Gadis tayang keadaan telekung dipinjamnya. pic.twitter.com/woAMiQa1Ff

— Superkiram (@Superkiram1) May 10, 2022

Redaksi



SUMBER : belumbalik.com



Live Website Traffic


loading...