EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tolong Kami, Bantu Kami Perak FC Cari Penaja Untuk Selesai Isu Tunggakan Gaji

0 month ago, 08-Apr-2021

Pasukan Perak yang sedang terpalit dengan isu gaji tertunggak kini membuka tawaran kepada mana-mana pihak termasuk pihak swasta untuk menjadi penaja dan pemegang saham pasukan.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamad dalam kenyataannya kepada Bernama menjelaskan pihaknya kini sedang mengesan mana-mana pelabur untuk membantu pasukan tersebut meneruskan kelangsungan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim ini.

Namun beliau menegaskan ianya mestilah dalam situasi menang-menang dengan erti kata lain pihak yang berminat itu hendaklah telus dan tidak memberikan syarat atau permintaan yang keterlaluan dari kerajaan negeri Perak.

Perak FC kini membuka tawaran kepada mana-mana pihak untuk menjadi penaja, sekali gus membantu menyelesaikan gaji tertunggak pemain pasukan tersebut Ahli Lembaga Pengarah, Khairul Shahril Mohamedhttps://t.co/AVPGbQMluj pic.twitter.com/9qdDWjWVC2

BERNAMA Radio???????? (@bernamaradio) April 8, 2021

Kita masih lagi mengenai pasti pihak yang berminat, kerana kita mahu pihak yang betul-betul boleh uruskan, ujar Khairul Shahril yang juga EXCO Sukan Perak itu.

Ada yang bawa kertas cadangan, tetapi kita ahu yang telus, bukannya minta tanah dan sebagainya. Itu kertas cadangan yang dilihat tidak begitu adil kepada kami.

Saya akan cari jalan sebaiknya. Saya tawarkan kepada mana-mana pihak untuk membantu menyelesaikannya, termasuk menjadi penaja dan membeli saham.

Bagaimanapun pemerhatian di media sosial menyaksikan kenyataan Shahril itu dibidas oleh penyokong Perak kerana beranggapan kerajaan negeri seolah-olah mahu memegang pasukan sedangkan ia bertentangan dengan dasar penswastaan.

2 bulan tak bayar gaji. Management Perak paling menyedihkan tbh https://t.co/2YUuZ4BJBG

#KDATFC ???????? (@AmirGhost65) April 8, 2021

Malah kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah Perak FC turut dipertikaikan kerana beliau mempunyai jawatan besar dalam kerajaan negeri dan tentunya dasar dan hala tuju pasukan akan dipengaruhi oleh keputusan orang politik.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad juga telah memaklumkan bahawa kerajaan negeri tidak akan menanggung lagi tunggakan gaji pemain kerana telah pun membelanjakan sekitar RM4 juta sebelum ini.

Menurutnya adalah lebih baik peruntukan tersebut disalurkan kepada program pembangunan dan kebajikan bagi membantu golongan yang lebih memerlukan.

Kredit Foto: FB Khairul Shahril Mohamed

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...